Khamis, 4 Julai 2013

PAS KEDAH KEHILANGAN ULAMAK...???

Mutakhir ini banyak orang di Kedah, malah ada dikalangan penyokong PAS yang terdiri dari kalangan berpengajian tinggi Islam serta pemimpin-pemimpin pusat pengajian Islam yang masih lagi menjadi ahli PAS juga yang menjadi ahli seumur hidup bercakap mengenai halatuju PAS Kedah dibawah kepimpinan YB Dato' Mahfuz Omar yang kesemua mereka itu kenal dengan kebolehannya, krdbelitinya, dan kemampuannya menjadi pemimpn PAS Kedah kerana dirinya sendiri tidak bertaraf Ulamak serta tiada kelulusan yang boleh dibanggakan.

MAHFUZ PERTIKAIKAN YB DATUK AZIZ RAHEEM SEBAGAI PENGERUSI LUTH????. APA PULAK KELULUSAN YB DATO' MAHFUZ OMAR...???

Di Kedah, sejak berzaman-zaman hingga ka zaman Tan Sri Azizan Razak, PAS dipimpin oleh gulungan Ulamak atau yang berkelulusan Ugama Islam yang tinggi. Diantara mereka ialah Pak Ya Jonid, Dato' Abu Bakar Omar, Ustaz Fadzil Noor dan banyak lagi. Apabila PAS Kedah dipimpin mereka, dikala itu suara mereka disanjung dan dipakai oleh pengikut PAS. Malah, Kerajaan Negeri yang diperintah Perikatan/BN pun, segan dan berhati-hati untuk memutuskan sesuatu yang agak sadikit bercanggah dengan Ugama Islam. Jika mereka mempertikaikan sesuatu keputusan seumpama itu akan digunakan oleh penyokong mereka menghentam Kerajaan. Ianya akan terkesan kapada pengaruh Kerajaan Perikatan/BN.

Sebaliknya sekarang ini atau sejak mutakhir ini, apa lagi sejak Dato' Mahfuz Omar menjadi pemimpin PAS Negeri Kedah, PAS Kedah yang telah ternampak jelas  bahawa parti itu kehilangan  gulungan Ulamak dan para-para penyokong mereka yang terdiri dari kalangan berpengajian tinggi Islam. Terbukti lah disini, bahawa Presiden PAS sendiri tercari-cari di Kedah tiada lagi Ulamak yang boleh memimpin PAS, lantas YB Dato' Mahfuz Omar atas nama Naib Preiden PAS (yang mungkin tiada orang boleh pertikai) maka beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri walau pun bukan saorang Ulamak. Makannya, itulah diperkatakan orang ramai termasuk ahli PAS dan ahli PAS seumur hidup, bahawa PAS Kedah tidak perlu dihormati lagi.

Dalam siri kepimpinan YB Dato' Mahfuz Omar, diperhatikan yang beliau berhasrat nak mengembalikan landasan perjuangan/pejalanan PAS Kedah sebagaimana pemikiran Allah Yarham Ustaz Fadzil Noor, maka satu seminer PEMIKIRAN USTAZ FADZIL NOOR diadakan disabuah hotel 3 bintang di Alor Star. Mungkin beliau nak menyatakan kapada penyokong-penyokong PAS bahawa beliau nak bawa PAS Kedah mengikut cara berfikir Fadzil Noor.

Apa yang terjadi?, diluar seminer terdapat pandangan serta pendapat sesetengah penyokong PAS yang hadzir di seminer tersebut, bahawa PAS Kedah sama sekali tidak akan terjadi lagi saperti apa yang ada dalam pemikiran Ustaz Fazil Noor. Kerana, kata mereka, selagi YB Dato' Mahfuz Omar berfikiran serta tindak tanduknya berpolitik dalam PAS bersebati serta sama sependirian mengenai Islam, sekurang-kurangnya menyokong LGBT dan Allah boleh digunapakai oleh orang kristian, makanya itu samalah juga dengan pemikiran Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang/Lim Guan Eng, sebenarnyalah kata mereka, Dato' Mahfuz Omar hanyalah berritirik sahaja menganjurkan seminer PEMIKIRAN USTAZ FADZIL NOOR itu.

4 ulasan:

  1. Setuju bro.Habis punya pandai akhlrnya Pas dapat Pesuruhjaya Mahfus lulusan SRP.
    Pesuruhjaya ting kosong.

    BalasPadam
  2. Itu cerita fasal Pas Kedah.Biarlah mereka dengan kebodohan mereka.
    Mari kita lihat UMNO dan MB Mukriz diKedah.
    Setelah UMNO jadi kerajaan di Kedah apa Mukriz buat.
    Belum pun ada apa pelan perancangan dibuat.
    Janji BN Menang Kedah Senang Kosong sahaja.
    Kenapa jadi isu perlantikan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai kewangan.Krisis KCS belum reda.
    GLC Kedah sampai hari ini terkontang kanting.
    GLC sepatutnya sudah disusun semula.
    Harapan rakyat Kedah sudah mula pudar dan menurun dan hilang selara.
    Politik UMNO Kedah sudah mula malap dan menurun mendadak.
    Cakap cakap soal pemilihan UMNO sudah kian panas.
    Politik wang yang akan melingkupkan UMNO sudah bermula.
    Percayalah jangka hayat UMNO kian hampir dihujung jika amalan kotor beli undi dan pengaruh ini terus terjadi.
    Mukriz dan barisan EXCOnya dilihat kurang mantap.
    Mukriz perlu adakan usaha sama politik denagn tokoh lama UMNO.tokoh lama yang ada pengalaman dalam kerajaan.

    Apakah 100 hari Mukriz jadi MB untuk di hidangkan pada rakyat Kedah yang bersusah payah menumpaskan Pas.

    YB parliemn sibuk di KL atau Parlimen.
    YB DUN masih sebuk dengan kenduri kesyukuran.
    Apakah perancnagn pembangunan untuk rakyat dari segi ekonomi,pelajaran,kemudahan dsbnya.

    Mukriz dan barisannya kena cepat-cepat bangun dari separuh lena dan tidur..

    BalasPadam
  3. Hari ini satu panafian dibuat Fhahrulrazi bahawa ada blog yang menulis bertujuan menghentam Mahfuz kerana retoriknya menganjurkan seminer PEMIKIRAN USTAZ FADZIL NOOR. Sedangkan seminer tersebut dianjurkan bukan itu tujuannya. Kata Phahrulraz, setiap tahun majlis saperti itu anjurkan bertujuan memperingati bahawa pemikiran Allahyarham boleh dijadikan panduan dalam perjuangan. Seminer tersebut diresmikan Mahfuz.

    Kita nak tahu PEMIKIRAN USTAZ FADZIL NOOR yang amat disanjung tinggi oleh penyokong PAS Kedah semasa Allahyarham masih hidup dapat kah di intrapkan kadalam pemikiran pengikut-pengikut PAS 4ALL zaman ardigun ini? yang mana kepimpinan Ulamak hilang entah kemana, sebaliknya kepimpinan ardigun/profesional melakar segala-galanya?.


    BalasPadam
  4. Angka Ramalan, Jitu Dan Akurat SGP/HKG 2d 3d 4d yang bisa anda menangkan silahkan anda hub <eyang woro manggolo di 082-391-772-208 Atau angka yang di berikan eyang benar2 jebol langsung 6D tak saya sangka saya menang 250 jt sudah 3 kali putaran berturut-turut saya menang sudah banyak yang lain tapi tidak ada bukti hanya eyang lha yang bisa membuktikan angka nya eyang saya sangat berterimah kasih eyang.

    BalasPadam