Mari mari mariiiii...!!!! kita tengok dan jengok kelibat atau pengelibatan PAS atau pemimpinnya di negeri, kawasan dan kampong seluruh Kedah ini. Nampaknya keadaan mereka sama saperti UMNO/BN dan pemimpin dikala itu yang mendapat tamparan, kerana bahana kalah banyak dalam PRU12. Saling tak tumpah 'macam ayam berak kapoq', murung tak lalu makan. Keadaan PAS/Pemimpinnya di Kedah sekarang ini lebih kurang sama macam tu jugak lah. Jadi longlai macam tak bermaya. Memang orang kalah jadi macam tu lah gamaknya. Buat apa pun jadi tak kena. Nampaknya Mafuz yang jadi Pesuruhjaya Negeri yang cakap banyak, cenge macam serigala pun tak daya nak buat apa lagi. Yang dia pandai cakap pasal isu nasional. Pasa nak kuatkan PAS Kedah, puccik lagi.....
Nak pi jumpa penyokong pun jadi payah. Bila jumapa takut nanti penyokong kata macam-macam, tak tahan telingan, boleh kena penampar penyokong tu pulak. Tak jumpa penyokong lansung, pun tak boleh, takut penyokong nanti kata, bila kalah muka kami pun hampa tak mau tengok. Depa kata kalah bukan pasai kami, masa hampa perintah 5 tahu hampa jadi tak sedaq diri, hampa telah selagi apa yang, hampa ikut semua kehendak Anwar dengan Lim Guan Eng. Sampai Karpal Sing kata 'langkah mayat' dia jika PAS nak jalan hukum hudud. Penyokong kata macam tu, memang jadi serba salah. Jadi payah, 'nak telah mati mak tak telan mati pak'.
Bila dah kalah macam ni, cumanya pemimpin PAS boleh kata pada penyokong, apa pun kita akan bangkit balik menuntut kekalahan kita bahawa kekalahan ini bukan kerana kita tak kuat, tapi kerana penipuan UMNO/BN dan penyelewengan SPR. Nampaknya bila pemimpin PAS kata macam tu, ada dikalangan penyokong, sebahgiannya lah.....kata, itu betul.
Tapi di Kedah, yang kata kata tadi, PAS/Pemimpin depa 'macam ayam berak kapoq' tuuu, dengar-dengannya, ada juga pemimpin yang terjerit-terjeri kesana kemari, naikkan semangat supaya penyokong keluar beramai-ramai pakai T'Sert hitam ikut buat sama macam depa buat kat Padang Merbok KL, tapi tak menjadi. Pasai apa jadi macam tuuuu..?.
Banyak orang, terutama penyokong PAS, di Kuala Kedah ada, di Yan ada, Pendang ada, di Baling, Sik dan banyak tempat lagi, yang kata, dah kalah tuuuu kalah laaaa... nak tuntut kata UMNO/BN tipu, SPR mengeleweng tak guna daaahh.... Jika ada tipu ada seleweng cari bokti dan bawa ka Mahkamah. Habis cerita. Jika yang menang PRU13 tu kalah dalam Mahkamah, PRK lah. Senang jaaa... Tak gaduh nak pi buat huru hara macam 'Arab Spring'. Bagi susah orang. Nak cari makan pun tak boleh. Kata penyokong PAS.
Lagi pun, yang dok buat huru hara tu pulak, Melayu. Mana pi budak-budak Cina yang awai-awai hari tu kononnya depa lah yang dok depan Anwar dengan terkangkang sana sini, seluar pendek sampai dekat nak nampak po'en punya ada yang sokooooong. La, bila budak-budak Melayu dengan baju T'Shert hitam dok berguling depan pintu gerbang masuk Parlimen, muka anak Cina sekoq pun tak nampak. Memang penyokong PAS jadi alat depaaa lah. Barua sungguh. Kata puak-puak PAS dekat kampong. Macam tuuuu...lah maklumat yang kita dapat tahu, yang dok sembang kat kedai-kedai kopi dekat kawasan yang kita sebut tadi.
Pasal itulah PAS/Pemimpinnya di Kedah sekarang jadi 'macam ayam berak kapoq'.
Apa tah lagi lah, nampaknya sekarang ini dalam kepimpinan PAS Kedah, ada semacam singkir sikit antara puak Phahrulrazi dengan kepimpinan Mahfuz. Sapa nak bergerak kuat tak berani, takut kena kata dek pemain sibertrooper PAS/PR. Depa nii...puak-puak PAS/PR Kedah jugaaak...
Apa pun suasana PAS Kedah sekarang, 'macam ayam berak kapoq' ka, macam 'macam penyu bereteloq', kita pohon dan berdo'a kahadzrat Allah SWT, jauhi dan minta simpang Maklekat44, jangaaaanlah apa-apa terjadi keatas YB Tan Sri Ustaz Azizan Razak. Takut nanti kempen berlaku untuk dua calun PAS menentang BN. Masa tuuuu... PAS/Pemimpin bukan lagi 'macam ayam berak kapoq' dah, tapi dia akan jadi 'balik pulau bayan lepas, sana tepelau sini telepas'. Macam 'kaboi main taik' laaaaahhh....