Sabtu, 18 Mei 2013

Kita Dengar Ceramah Anwar di Kompleks PAS Batu 9 lah...!!!!!

Perbezaan antara BN menganjurkan majlis di Stadium Sultan Abdul Halim Sukamenanti, Alor Star dengan majlis yang akan dianjurkan oleh PR amat jauuuhhh.. Macam langit dengan bumi. Dua kali BN anjurkan majlis, ialah:

.....1) Majlis raya Aidilfitri untuk rakyat bertemu dan bermaaf-maafan antara satu lain. Majlis dira'ikan oleh rakyat pelbagai kaum. Makan-makan dan dapat hadiah nombor bertuah dan balik.

.... 2) Majlis perkahwinan anak Dato' Bashah Hanipah dan sambut Aidilfitri. Majlis ini juga dira'ikan oleh rakyat pelbagai kaum. Makan-makan dan dapat hadiah nombor bertuah dan balik.

Sebaliknya, majlis yang akan dianjurkan oleh PR:

..... Berucap berapi-rapi oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, menghasut rakyat dengan isu membahayakan keselamatan negara, memfitnah rakyat dengan isu-isu yang tidak benar dan mengajak rakyat menunjuk perasaan membantah SPR kononnya berlaku penipuan semasa PRU13 yang lepas.

Kerana inilah, ada baiknya Kerajaan Negeri Kedah menolak permohonan PR untuk menganjurkan majlis saperti itu.  Eloklah PR nyah pergi menggunakan Kompleks PAS di Batu 9 atau Markaz PAS di Langgar, kawasan Pokok Sena, iaitu kawasan Parlimen Mahfuz Omar.

Isnin, 13 Mei 2013

CINA CAUVENIS/RESIS ADALAM LIM KIT SIANG...ADA KAUM CINA TIDAK RESIS, MEREKA UNDI BN.

Undi populer 51% pembangkang dan 49% Barisan Nasional bukan ukuran boleh menukar pemerintah di Malaysia. Hari ini Lim Kit Siang tuntut supaya Kerajaan BN mengalah kerana tidak dapat undi populer.

Elok Lim Kit Siang pindah ka Amerika Syarikat kerana disana keputusannya bergantung kapada undi populer, siapa dapat banyak undi dari rakyat parti yang berkenaan dilantik menjadi Presiden.

Sebaiknya Lim Kit Siang mengarahkan wakilnya dalam Jawatankuasa Penambahbaikkan Peranan SPR dalam pilihanraya, meminda peraturan bahawa kemenangan yang boleh membentuk Kerajaan berasaskan undi polpuler.

Sebenarnya, Lim Kit Siang hanya berniat nak memaklumkan kapada rakyat bahawa pembangkang populer dikalangan rakyat, maka itu sebabnya banyak rakyat memberi undi kapada pembangkang.

Tapi pembangkang perlu faham bahawa dinegara Malaysia, keputusan pilihanraya yang membolehkan sesebuah parti memerintah negara adalah berdasar kapada kemenangan dikawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Parti mana yang lebih kursi walau satu kursi pun, itulah parti yang akan menjadi pemerintah. Contohnya yang pernah berlaku di Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan menang 2 undi disatu kawasan DUN menjadikan PAS lebih satu kursi, maka PAS memerintah negeri Kelantan.

Sekarang Lim Kit Siang menjaja pula, ada 20 ka 23 kursi Parlimen yang akan dibuat petision oleh DAP. Kononnya dengan petision ini, Kerajaan BN diperingkat puasat akan tumbang. Kenapa Lim Kit Siang begitu bodoh menyarankan isu saperti ini. Dia ingat orang semua batang kayu ka. Lim Kit Siang harus ingat bahawa patision yang dibawa ka Mahkamah boleh dibuat macam cokkodok ka?... puuuihh...

Lim Kit Siang boleh cakap begini, kami berjuang sampai keperingkat ini, kerana kami DAP nakkan Malaysia ini diperintah oleh DAP. Lim Kit Siang bercakap kapada orang ramai dengan ayat saperti itu lagi baik. Jangan cakap politik lah LKS..... sekarang ini kita telah banyak sedar bahawa matlamat pemimpin DAP adalah ituuuuu yang sebenarnya. LKS cakap lah dimana-mana pun, semua rakyat telah sedar dan tahu (kelibat ikan diair sudah diketahui jantan betinanya), matlamatnya, perjuangan DAP parti cauvenis/resis awak itu adalah untuk memerintah negara ini.

Makaaa... dengan itu sedarlah wahai LKS awak sedang mengheret umat Melayu/Islam yang kononnya perjuangan awak adalah perjuangan rakyat yang kami kira perjuangan awak adalah sama dengan perjuangan Kominis zaman dzarurat. KONON ITU PERJUANGAN RAKYAT. Sebaliknya LKS harus sedar bahawa umat Melayu/Islam telah pun sedar yang mana boktinya dikawasan-kawasan Melayu diseluruh negara 75% daripadanya jatuh katangan calun BN/Melayu. Bokti ini kita lihat disetiap Daerah Mengundi disemua kawasan, dimana-mana sahaja banyak pengundi Melayu BN menang dan dimana-mana sahaja Daerah Mengundi yang banyak pengundi kaum Cina DAP atau PKR menang.

Perpecahan begini amat ketara, semuanya gara-gara DAP yang cauvenis/resis dalam perjuangannya. Apa pun fahaman ini dibawa oleh LKS bukan semua masyarakat Cina bersetuju dengannya. Keputusan di Daerah Mengundi yang 100% pengundi Cina, masih banyak lagi BN memperolehi undi. Mereka yang ada kesedaran dan membenci perjuangan LKS masih memberi undi kapada BN. Cina yang saperti ini adalah kaum Cina yang perlu kedamaian yang masih berterima kasih kapada Kerajaan BN.



Khamis, 9 Mei 2013

Depa Menang Terima, Depa Kalah Tak Terima...Najib.

Sewajibnya Lim Guan Eng juga bersuara lantang saperti Anwar Ibrahim menyatakan PRU13 harus diadakan semula kerana berlaku penyelewengan. Sabelum itu sewajibnya semua ADUN dan MP DAP yang menang dalam PRU13 meletakkan jawatan bagi membolehkan SPR mengadakan Pilihanraya Kecil saperti yang belaku di Mianmar.

Anwar yang menjadi gila menjerit disana sini sewajibnya meletakkan jawatan terlebih dahulu sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Nyatakan bahawa dia tidak menerima kemenangannya di Permatang Pauh. Sebaliknya Anwar beercakap mengatakan pilihanraya yang dijalankan oleh SPR tidak adil dan selewengan, kesemuanya tidak berasas. Jika mahu protes, dia kena letak jawatan dulu laaaahhh...

Pengerusi SPR dan Timbalannya telah menyatakan, jika berlaku salah laku dalam pengendalian pilihanraya, sesiapa pun individu yang tidak berpuas hati dan ada bukti salah dari etika pilihanraya saperti yang dikehendaki undang-undang, sila buat petision dalam masa 30 hari. Jika ada kes yang terang, boleh dibawa ka mahkamah. Keputusan mahkamah menghukum betul berlaku kesalahan mahmakamah akan menjatuhkan hukuman dan hukuman itu adalah muktamad.

Sebenarnya Anwar menjerit-jerit seumpama itu, adalah kerana kegagalannya memijak Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah janji beliau kapada pihak luar serta kaum Cina, bahawa dia tetap akan menjadi Perdana Meneri memerintah Malaysia. Ini pernah beliau berucap bahawa "Najib akan menjadi Ketua Pembangkang".

Sekarang kita mahu dengar Lim Guan Eng pula bersuara saperti Anwar.

Rabu, 8 Mei 2013

LUDAH NIK AZIZ, KERAMAT....?

Nik Aziz akan menggunakan air ludahnya sebagai senjata untuk menghalang sesiapa saja, samada dari pihak mana sekali pun yang datang kapadanya mahu berunding supaya Melayu ini bersatu menggunakan UMNO (parti Melayu) dan PAS (parti Melayu) yang memungkinkan Kerajaan perpaduan diujudkan.

Jika Hadi yang mungkin ada kesedaran datang, Nik Aziz akan ludah. Jika Harun Din, Harun Taib dan Nasaruddin datang, Nik Aziz tetap akan ludah muka mereka. Itu lah senjata terakhir Nik Aziz untuk pertahankan pendiriannya yang sama sekali tidak mahu menyatukan Melayu/Islam, kerana Nik Aziz samasekali tidak akan menerima perpaduan ini hanya kerana UMNO itu kononnya menolak Islam dan juga kerna, Nik Aziz tidak mahu melupakan bahawa kononnya suatu ketika UMNO telah tendang PAS keluar daripada BN.

Kenyataan bahawa PAS terkeluar dari BN bukan kerana UMNO menendang PAS, tapi kerana pertelingkahan besar di Kelantan suatu ketika dahulu sahingga ditubuh MAGRAN di Kelantan, itu tidak diakui oleh Nik Aziz yang mana akan tetap dengan pendiriannya PAS ditengan UMNO dalam BN.

Jadinya, alasan Nik Aziz tidak mahu meneria perpaduan UMNO/PAS kerana kedua-dua hal tersebut, adalah dianggap oleh banyak rakyat, termasuk orang PAS di Kedah, adalah merupakan alasan manusia yang tidak berhati perut yang sanggup melihat Melayu/Islam tenggelam dalam satu lagi PRU lima tahun yang akan datang.

Makanya, saharusnyalah malah wajib kapada kepimpinan PAS masa kini berfikiran jauh, demi Melayu/Islam yang akan dijadikan oleh kepimpinan DAP sebagai Melayu/Islam yang tiada lagi kuasa pada masa akan datang.

LUDAH NIK AZIZ LUDAH KERAMAT.....

Selasa, 7 Mei 2013

Ustaz Azizan, didoakan segera sembuh...

Marilah kita sama-sama berdo'a supaya Ustaz Azizan yang sedang koma di GH Pulau Pinang segera sembuh dan dapat memberi khidmat kembali kapada rakyat di Sungai Limau.

Apa pun Ustaz Azizan telah dikutuk oleh sesetengah puhak dalam PAS sendiri sahingga dia terpaksa berfikir macam-macam hal yang terlalu berat. Manakan masaalah dalaman parti dan kekalahan PRU13 yang dia terpaksa memikirkannya.

Kapada banyak orang yang Ustaz Azizan pernah bercakap yang dia tak sangka bila dah duduk kursi empuk banyak sangat orang yang nakkan jawatannya. Depa kacau dia macam-macam. Sampai dia pernah kata "puak yang dok kacau dia BARUA". Tekanan inilah yang menjadikan Ustaz Azizan tak dapat lagi nak balancekan pemikirannya yang berkecamok. Apatah lagi dia dalam keadaan serba macam penyakit yang dihadapinya. Kencing manis, buah pinggan, mata tak sihat dll lagi.

Apa yang kita harapkan, semua pihak harus bertenang dan berdo'lah supaya Ustaz Azizan segera sembuh.

Ahad, 5 Mei 2013

BN KEDAH SEMAKIN MENCAPAI 2/3

Setakat jam 11.55 mlm ini Kedah hanya menunggu 3 kursi DUN lagi untuk mencapa 2/3. Kursi Parlimen telah bertambah. Jumlah tambahan ini boleh memberi kegembiraan kapada Dato' Sri Najib Tun Abd Razak yang juga semakin dekat kapada jumlah melebihi 2/3 kursi di Parlimen. ini akan menjaminkan untuk BN mengubah dasar yang tidak sesuai dengan perjuangan mempertahankan bangsa, ugama dan tanah air.

Jumaat, 3 Mei 2013

Provokasi Tahap Saperti 'Anak Memberi Tahi Kapada Bapa....?'

Berlaku provokasi kapada JKKP (kebanyakan Ketua UMNO Cawangan) di Pendang oleh pihak pembangkang khususnya Kerajaan Negeri.

Pihak pembangkang telah mejalankan satu jenis kempen psywar yang amat busuk kapada JKKP di Daerah Pendang dengan menurap jalan tar menghala ka rumah Pengurusi dan Setiausaha JKKP yang mana perbuatan ini akan menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya ahli UMNO sendiri kapada Pengurusi dan juga Setiausaha JKKP. Kerja-kerja saperti ini telah menimbulkan ugutan dari penduduk kampong terutama ahli UMNO yang mana mereka tidak akan keluar mengundi, jika keluar mereka tidak akan mengundi calun BN.

Orang ramai dalam kampong akan menuduh Pengurusi dan juga Setiausaha JKKP terlalu mementingkan diri, tiada perjuangan untuk orang ramai.

Projek menurap jalan-jalan kampong ini adalah projek Kerajaan Negeri perintah PR/PAS. Kerja saperti ini adalah satu tektik provokasi yang amat kotor, nampak tujuan baik tapi ianya adalah satu kerja kotor dan busuk perut.

Saolah-olah ianya dilihat, sebenarnya kerja ini saumpama saorang anak memberi tahi kapada bapanya. Kerja memberi itu baik, tapi barang yang diberi itu busuk.