Sabtu, 13 Februari 2010

Debat, PR/UMNO di Pulau Pinang

PR yang parti komponennya DAP dalam keadaan tersepit sekarang ini, menyalak merata bukit dan lurah nak pertahankan tindakannya meminggirkan hak Melayu nak meneruskan perniagaan digerai2 dalam negeri Pulau Pinang mencabar UMNO supaya berdebat.

Saya berpendapat, disebalik debat yang dicadangkan itu PR/DAP mempunyai tujuan nak menyatakan bahawa masa Gerakan memerintah Pulau Pinang, tiada juga pembangunan tempat2 perniagaan untuk orang Melayu. Ajenda ini memang telah sedia ada dalam kepala dan pemikiran busuk mereka.


Sabenarnya, dalam masa Gerakan/BN memerintah Pulau Pinang, Kerajaan melalui Pejabat Tanah atau Majlis Bandaraya Geogtown tidak pernah merobohkan gerai2 orang Melayu, malah Kerajaan Negeri Gerakan/BN pada masa itu, membina gerai2 perniagaan untuk orang Melayu berniaga bersama dengan bangsa2 lain. Gerai2 makan daln lain2 dibina di Balik Pulau, Kepala Batas, Batterworth, Nibong Tebal, Bayan Baru, Tanjung Bungah, Bukit Mertajam dan banyak lagi tempat2 yang dibina. Gerai2 ini dibina oleh Pejabat Daerah dan Majlis Kerajaan Tempatan.

Kerajaan PR/DAP sekarang, bukan berperanan mendirikan gera2 baru, sebaliknya sabelum peniaga2 tersebut mendapat gerai2 baru bagi memudahkan mereka berniaga, gerai2 mereka yang mereka gunakan untuk berniaga berbelas2 tahun dirobohkan lebih dahulu.

Kita berpendapat, debat mengenai ini yang dicadangkan itu eloklah PR/DAP berdebat dengan Gerakan dan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, tak payah dengan UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan