Kita cakap fasal pertelingkahan antara PAS dan UMNO yang mana dasar perjuangannya lebih kurang sama. Dalam Perlebagaan UMNO tercatit 'Memperjuang dan meninggikan syiar Islam'. Dalam Perlembagaan PAS pun ada dasar ini, iaitu nak 'Memperjuangkan dan meninggikan syiar Islam'. Selain daripada itu, hasrat untuk mengukuhkan kedudukan orang Melayu saperti yang tercatat dalam Perlebagaan Negara. Dari segi ini UMNO dan PAS agak berlainan. UMNO akan mempertahankan kedeudukan Melayu dalam semua bidang. PAS kurang, kerana ianya dianggap asabiah.
Apa pun, sejak PAS menubuhkan partinya apabila kalangan beberapa orang alim ulama' keluar daripada UMNO, termasuk Allahyarham Ustaz Fuad, berlaku peperangan mulut demi menegakkan dasar masing2. Pada fikiran saya, perjuangan yang masing2 lakukan itu bukan 'idioloji', tetapi ianya merupakan perjuangan parti disamping mempengaruhi rakyat dalam nak menentukan pemerintahan.
Dari semasa kesemasa bentuk perjuangan berubah, terutamanya PAS. UMNO tidak. PAS dari zaman Dr Burhanuddin Al Hilmi, Dr Zulkifli Muhamad dan lain2, membawa ka zaman Dato Asri, Yusuff Rawa, Abu Bakar Hamzah, Dato' Abu Bakar Omar, membawa lagi ka zaman Fadzil Noor hinggalah kapada DS Hj Hadi Awang, perjuangan mereka agak tidak konsisten. Sebaliknya UMNO konsisten.
Perjuangan PAS agak banyak bercakap, sebaliknya UMNO yang konsisten sentiasa mempertahankan Islam, memajukan Islam, menegakkan Islam dengan berbagai-bagai kegiatan dan pembangunan. Dari masa kesemasa Mesjid dibina dimana2, surau apatah lagi banyaknya yang dibina. Pelajaran atau pendidikan semasa kesemasa dari sekolah remdah hinggalah ka Universiti Kerajaan diperintah UMNO melaksanakannya tanpa henti2.
Namun, pergeseran masih juga berlaku diantara pemimpin PAS dengan UMNO. Sejak akhir2 ini pergeseran bukan lagi dilakukan demi kepentingan Ugama Islam sedindiri, tetapi berlaku berpunca daripada inginkan kuasa pemerintahan. Tidak cukup dengan secara bersendirian PAS melawan Kerjaan BN dan sentiasa pula mengalami kekalahan, kecuali Kelantan, sekarang dengan menggunakan persepakatan dengan parti2 lain dalam negara ini iaitu DAP dan PKR mentang Kerajaan. Kesimpulannya BN kalah banyak kurusi sahinggalah PAS bersama parti2 tersebut dapat memerintah Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Perak dapat kembali kapada BN kerana 3 Wakil Rakyatnya keluar parti menjadi Wakil Rakyat Bebas dan menyokong BN.
Sekarang, dengan kecelaruan yang ada dan berlaku tanpa henti2 didalam pakatan ini, pemikiran PAS nampak beralih sadikit kapada keinginannya hendak berunding dengan UMNO mengenai beberapa isu yang dahulunya diperjuangkan oleh PAS, iaitu Islam, Ekonomi (PAS tidak mahu jelas, sabenarnya ekonomi Melayu lah yang dimaksudkan) dan sosial. Semua ini memang telah, sedang dan akan diperjuang serta dilaksanakan oleh UMNO. Umpama, 'MIMPI SAMA TETAPI TIDOR LAIN2 BANTAL'.
Keinginan inilah yang mahu diperkatakan bahawa perselisihan faham dan pertelingkahan sesama parti Melayu ini harus ada penghujung dan noktahnya.
Kapada siapa lagi Melayu ini mahu mengadu dan berharap supaya Melayu itu dibela, jika tidak dua parti ini?. Duduklah semeja, berbincanglah demi Ugama Islam yang kita junjung.
The King and U
5 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan