Isnin, 26 April 2010

1 MALAYSIA/PRK ULU SELANGOR

Gamat jadinya bila perakuan oleh pemimpin sabuah parti komponen BN menyatakan, bahawa pengundi Cina di Kampong Baru Rasa menjadi putih sebanyak lebih 800 orang. Pemimpin ini melapurkan demikian salepas membuat tinjawan dan lawatan ka rumah2 dalam kempen BN. Lapuran sebegini memang amat tidak lojik dan tidak ikhlas.

Dalam mesyuarat tersebut beberapa pemimpin bertegang urat dan akhirnya lapuran tersebut dikira satu pembohongan yang langsung tidak boleh di terima.

Salepas pilihanraya berlaku, terbukti ianya satu pembohongan yang benar2 dilakukan oleh pemimpin yang bekerja bersama dan sengaja nak menyedapkan hati kawan2 yang bekerja bersama2 dikawasan tersebut.

Apa pun gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri harus di tambahbaikkan lagi dengan kepelbagaian bentuk usaha untuk memikat hati masyarakat semua kaum lain di negara ini. Peranan ini seharusnya tidak hanya daripada pihak Kerajaan dan parti, tetapi hendaklah disertai oleh badan2 NGO semua kaum. Badan2 NGO ini semestinya diurus dengan baik.

Badan2 NGO ini sepatutnya tidak diuruskan pendaftarannya sahaja oleh Kementerian Dalam Negeri, tetapi satelah ditubuhkan sabuah Kemeterian khusus untuk mengelola dan membantu seharusnya ditubuhkan, terutamanya NGO2 yang mendasarkan perjuangan mereka dalam bidang ekonomi.

1 ulasan:

  1. Itu perangai Cina.

    Depa mmang tak tokong dan buat lapuran pmohong

    BalasPadam