Ahad, 24 Oktober 2010

Kerajaan PR Kedah Terencat

Lama sangat dah tidak menulis diblog Tok BERANGAN ni. Dok menulis pun tumpang-tumpang komen di blog kengkawan saja. Kengkadang buat komen-komen di FB orang lain. Tak dak masa. Kerja wajib keliling pinggang.

Mengikuti medan pembacaan zaman ni, teramat banyak hal ehwal yang boleh dibaca, difikir dan dianalisa. Melalui media cetak dan elektronik berbagai kisah yang mengisahkan isu-isu dan maklumat. Ada penting dan ada yang tidak penting. Ada yang boleh dipakai dan yang tidak boleh dipakai.

Apabila melihat kapada suasana politik, kita amat tertarik dengan perkembangan terkini politik pihak Kerajaan dan pembangkang. Di Kedah, BN jadi pembangkang. Di Pusan PR jadi pembangkang.

Keselesaan Kerajaan Negeri Kedah memerintah kita nampak jelas sekarang, bahawa PR agak tergugat, kerana banyak isu yang dibangkitkan oleh banyak pihak, termasuk dari kalangan penyokong Kerajaan sendiri agak jelas. diantaranya MB tidak memberi layanan yang baik kapada ahli PKR. Menyebabkan komponen PR itu berani menuntut sesuatu yang diluar dugaan, contohnya perebutan kursi Parlimen Padang Serai, DUN Bandar Baru dan DUN Derga.

Ini jelas bahawa Kerajaan PR Kedah terencat dari keselesaan saperti yang disebut oleh MB Kedah di Trengganu.

Salepas ini kita certia lagi...... apa dia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan