Cakap fasal perjuangan PAS terbaru hasil Konvensyen PAS baru-baru ini, maka bermulalah tokoh PAS secara kombinasi yang mantap diantara Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden menukar perjuangan yang dulunya mereka amat membenci perjuangan untuk Melayu sebagaimana yang diperjuangkan UMNO. Sampai kini hanya Nik Aziz sahaja lagi yang belum bersuara dengan tegas tentang perjuangan untuk Melayu.
Nik Aziz yang dahulunya sampai tidak mahu menyatakan diri sebagai bangsa Melayu. Sampai kini Nik Aziz merisevkan pendiriannya juga sebagai pejuang Melayu sebagaimana pendirian tokoh2 teratas PAS.
Nampak jelas PAS tertekan dengan kemaraan sokongan Melayu kapada UMNO kerana perjuangan demi kepentingan Melayu. Tekanan ini dirasakan berdasar kapada keputusan-keputusan beberapa PRK yang lalu. Dengan tekanan-tekanan sokongan Melayu telah menjurus kapada UMNO, hasil dari Melayu sekarang amat memahami tiada faedahnya menyokong PAS kerana PAS telah menajdi amat jelas bahawa perjuangannya amat mirip nak meninggalkan perjuangan demi kepentingan Melayu. Lantas Melayu menyokong UMNO.
Gambaran sebegini telah menakutkan PAS. Maka PAS menjadi terpaksa mengubah stateji daripada bercakap dan bertindak nak berjuang sama untuk bangsa lain berpatah balik mengangkat perjuangan mereka untuk bangsa Melayu. Bentuknya nampak berbeza. Kononnya UMNO tidak berjuang Melayu/Islam, sebaliknya PAS saja pulak yang berjuang untuk Islam/Melayu. Itu konon sahaja. Sedangkan perjuangan sebegitulah sebenarnya dilakukan oleh UMNO semenjak negara ini merdeka.
Apakah PAS ini sabuah parti buih dipermukaan laut ka?. Sekali ombak datang buihnya hilang, lantas lain buih pulak datang menjenguk. Apa sebenarnya parti PAS ini?. Jika ianya sabuah parti yang punya idoloji, samada demi Islam atau demi bangsa, konsisten lah. Jika tidak baik kita sebutkan bahawa PAS ini sabuah parti kelangkelibut perjuangannya. Demikian jadinya, elok juga PAS ini digelar parti pilihanraya. Setiap kali PRU berlaku perubahan perjuangan menjadi tidak sama, lain PRU lain dasar perjuangannya. Masa PRU bersama berjuang dengan TRH Semangat 46 lain bentuk perjuangan. Masa bersama DSAI 1999 lain pulak dan bersama PKR dan DAP lagi dahsyat kelainan perjuangan PAS ini. Sampai menjual ugama dan bangsa.
Terkini, nak menghadapi PRU 13, berbalik pula ka pangkal jalan perjuangan PAS, kombinasi untuk memperjuangkan Melayu/Islam pulak dah.
Yang cerdik DAP, PAS yang berjuang tidak konsisten dan cacamerba, DAP tetap tidak memberi komen nagatif. DAP takut jika mereka mengeluarkan komen nagatif, akan bahaya kapada kedudukan parti ini. Jadi, DAP membiarkan pemimpin PAS yang bodoh ini menukar haluan perjuangan. Yang penting DAP nakkan PAS tetap bersama dalam pakatan haram yang ujud sekarang.
Yang peliknya juga, PKR juga tiada komen ketidakonsistennya halatuju perjuang PAS. Anwar Ibrahim tutup mulut, Karpal Sing, Lim Kit Siang tetap tutup mulut.
Kenapa, apabila Nik Aziz nak laksanakan pemerintahan Islam apabila mereka merampas Puterajaya, Karpal Sing kata "LANGKAH MAYAT SAYA DULU". Kenapa Hj Hadi, Nasaruddin, Mahfuz, Salahuddin, Tuan Ibrahim cakap nak berjuang untuk Melayu, tak ada pulak Karpal Sing, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang cakap "LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU JIKA NAK BERJUANG UNTUK MELAYU/ISLAM".
The King and U
2 hari yang lalu
Salam,
BalasPadamSaya ingin memohon supaya blog kita di pautkan bersama. Blog saya ialah di http://bapak3swithinthesewalls.blogspot.com/.
Bagi makluman, blog Siberangan telah pun di link kan di bhg Bloggers Kedah di blog saya.
Wassalam