Isnin, 22 April 2013

AHMAD YAHAYA, TERKONTENG-KONTENG DI ALOR MENGKUDU, KENA TINGGAL....??

Ahmad Yahaya atau Mat Yahya calun PAS DUN Alor Mengkudu bekerja terkonteng-konteng tak berapa orang menolong beliau bekerja menghadapi PRU 13 ini. Banyak sangat orang kuat PAS Alor Mengkudu cabut lari tolong Dr Ismail Salleh yang bertanding di Parlimen Jerlun. Nampak puak-puak PAS Alor Mengkudu berduyun-duyun tiap-tiap malam berulang alik ka Jerlun.

Mat Yahaya ni orang kuat Ustaz Azizan. Maklumlah dia Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah. Masa jadi Ketua Pemuda Mat Yahaya Mat dok tala Dr Ismail sakan jugak..."Harus hormati pemimpin dan taat kapada pemimpin...". Masa tu Dr Ismail bergaduh sakan dengan Azizan. Jadinya, sabelum konferm jadi calun Mat Yahaya tak berani pijak Alor Mengkudu. Jika dia pijak Dr Ismail temabak dia. Alihalih Mat Yahaya jadi calun situ. Mengagau dia nak cari orang kuat buat kerja, kerana orang kuat kerja pilihanraya memang dalam tangan Dr Ismail. Memang betul, semua orang kuat kerja pilhanraya cabut lari ka Jerlun. Orang PAS yang tak pi Jerlun banyak yang peluk tubuh.

La ni pulak, Ustaz Fadzil Hanafi pi bertanding calun bebas di Alor Mengkudu. Dengaq kata dah banyak orang PAS yang pi nak sokong Ustaz Fadzil Hnafi. Dulu Ustaz Fadzil niii... orang kuat UMNO, biasa jadi Wakil Rakyat Alor Mengkudu dan Exco Kerajaan Negeri. Jika dikira pencen beliau rm6000 sabulan. Kecewa kerana tak jadi calun BN kali ini, bertanding bebas.

Penyokong PAS Alor Mengkudu sekarang jadi belah bagi. Nak sokong Mat Yahaya kaaaa atau Ustaz Fadzil Hanafi ka?

3 ulasan:

  1. Sokonglah Ust Fazail Hanafi.

    BalasPadam
  2. Undi untk ustaz fadzil,calon kmpung yg berjiwa rakyat.mudah didekati. Beliau calon boleh berkerja utk rakyat.

    Pengundi alor mengkudu pilih calon yg mampu berkhidmat dan baik dgn rakyat umum nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khidmat dengan natang apaaaa..... nak buat tangga surau runtuh pakai ayaq lioq kaaa?. Mai abanjir blah Aloq Mengkudu, oghang nak ghoti keghin pun Ustaz Fadzil klupoq nak caghi manaaaa... Cinta Martautomo yang dok kuat dngan Ustaz Fadzil la niii... terghjun SUngai Tok Kling laaa..apa lagiiii,,,

      Padam