Mulai harI ini 3hb April, 2013 Parlimen telah di bubar. YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak mengisytiharkannya tepat jam 11.30 pagi tadi. Maka bermulalah kerja-kerja menentukan kemenangan parti-parti yang akan bertanding dalam PRU13. Yang pasti amalan demokrasi adalah menjadi tonggak menentukan kepimpinan negara.
Demi masa depan negara, ugama dan bangsa, rakyat tiada pilihan selain memilih Barisan Nasional sebagai parti yang akan memerintah negara ini. Kita mahu Barisan Nasional menang lebih daripada 2/3 kurusi Parlimen, selain daripada itu Barisan Nasional akan dapat merampas kembali negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Negeri-negeri lain, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu, Serawak dan Sabah wajib dipertahankan, malah negeri-negeri ini Barisan Nasional wajib dapat menambahkan kurusi lebih daripada 2/3.
Mejoriti kurusi lebih daripada 2/3 di Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri-negeri adalah menjadi mudah untuk Kerajaan Barisan Nasional membangunkan segala kepentingan rakyat jelata sahingga menjadi negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Amiiiiinnnnn.....
The King and U
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan