Rabu, 8 Mei 2013

LUDAH NIK AZIZ, KERAMAT....?

Nik Aziz akan menggunakan air ludahnya sebagai senjata untuk menghalang sesiapa saja, samada dari pihak mana sekali pun yang datang kapadanya mahu berunding supaya Melayu ini bersatu menggunakan UMNO (parti Melayu) dan PAS (parti Melayu) yang memungkinkan Kerajaan perpaduan diujudkan.

Jika Hadi yang mungkin ada kesedaran datang, Nik Aziz akan ludah. Jika Harun Din, Harun Taib dan Nasaruddin datang, Nik Aziz tetap akan ludah muka mereka. Itu lah senjata terakhir Nik Aziz untuk pertahankan pendiriannya yang sama sekali tidak mahu menyatukan Melayu/Islam, kerana Nik Aziz samasekali tidak akan menerima perpaduan ini hanya kerana UMNO itu kononnya menolak Islam dan juga kerna, Nik Aziz tidak mahu melupakan bahawa kononnya suatu ketika UMNO telah tendang PAS keluar daripada BN.

Kenyataan bahawa PAS terkeluar dari BN bukan kerana UMNO menendang PAS, tapi kerana pertelingkahan besar di Kelantan suatu ketika dahulu sahingga ditubuh MAGRAN di Kelantan, itu tidak diakui oleh Nik Aziz yang mana akan tetap dengan pendiriannya PAS ditengan UMNO dalam BN.

Jadinya, alasan Nik Aziz tidak mahu meneria perpaduan UMNO/PAS kerana kedua-dua hal tersebut, adalah dianggap oleh banyak rakyat, termasuk orang PAS di Kedah, adalah merupakan alasan manusia yang tidak berhati perut yang sanggup melihat Melayu/Islam tenggelam dalam satu lagi PRU lima tahun yang akan datang.

Makanya, saharusnyalah malah wajib kapada kepimpinan PAS masa kini berfikiran jauh, demi Melayu/Islam yang akan dijadikan oleh kepimpinan DAP sebagai Melayu/Islam yang tiada lagi kuasa pada masa akan datang.

LUDAH NIK AZIZ LUDAH KERAMAT.....

1 ulasan:

  1. Maaf yer... Sbgai Ulama wajar kah berpendirian sedemikian ???? ISLAM nya d mana???

    BalasPadam