Jumaat, 3 Mei 2013

Provokasi Tahap Saperti 'Anak Memberi Tahi Kapada Bapa....?'

Berlaku provokasi kapada JKKP (kebanyakan Ketua UMNO Cawangan) di Pendang oleh pihak pembangkang khususnya Kerajaan Negeri.

Pihak pembangkang telah mejalankan satu jenis kempen psywar yang amat busuk kapada JKKP di Daerah Pendang dengan menurap jalan tar menghala ka rumah Pengurusi dan Setiausaha JKKP yang mana perbuatan ini akan menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya ahli UMNO sendiri kapada Pengurusi dan juga Setiausaha JKKP. Kerja-kerja saperti ini telah menimbulkan ugutan dari penduduk kampong terutama ahli UMNO yang mana mereka tidak akan keluar mengundi, jika keluar mereka tidak akan mengundi calun BN.

Orang ramai dalam kampong akan menuduh Pengurusi dan juga Setiausaha JKKP terlalu mementingkan diri, tiada perjuangan untuk orang ramai.

Projek menurap jalan-jalan kampong ini adalah projek Kerajaan Negeri perintah PR/PAS. Kerja saperti ini adalah satu tektik provokasi yang amat kotor, nampak tujuan baik tapi ianya adalah satu kerja kotor dan busuk perut.

Saolah-olah ianya dilihat, sebenarnya kerja ini saumpama saorang anak memberi tahi kapada bapanya. Kerja memberi itu baik, tapi barang yang diberi itu busuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan