Jumaat, 3 Mei 2013

PAKAI BAJU BN, MERUSUH DI PUSAT MENGUNDI-TEKTIK PEMUDA PR

Dari sumber terdekat dengan Pemuda PAS dan PKR dan amat dipercayai, bahawa mereka sedang membuat persediaan sekarang ini untuk memberi baji biru berlogo BN kapada Pemuda-pemuda PAS dan PKR untuk membuat kecoh di Pusat-pusat mengundi diseluruh Kedah terutamanya di Jerlun.

Pada hari mengundi kebiasaannya Pemuda-Pemuda PAS dan PKR akan menghimpunkan kekuatan mereka terutamanya yang agressif gila-gila seramai mungkin di Pusat-Pusat Mengundi terutamanya di kawasan-kawasan yang PAS dan PKR akan mengalami kekalahan. Mereka akan memulakan berbuat kecoh samada membantah tindakan-tindakan pihak berkuasa mengenai sebarang kesalahan-kesalahan kecil atau sengaja menimbulkan kesalahan pihak tertentu.

Kerja-kerja agressif ini selalunya dilakukan oleh Unit Amal PAS. Kumpulan ini akan memakai baju logo BN. Sekiranya benar berlaku keadaan ini, mereka akan menuduh BN yang memulakan kekecohan.

Hasil maklumat ini, Pemuda BN tempatan di PDM-PDM seharusnya bersiap sedia dengan mengenal pasti bahawa yang memakai baju logo BN adalah terdiri dari Pemuda dari parti komponan BN sendiri. Jika bukan, buat lapuran SEGERA kapada pihak berkuasa supaya menghalau mereka dari berbuat demikian.

Pihak pasukan keselamatan tetap akan mengawal keadaan, namun sebagai tanggungjawab keatas parti, Pemuda-pemuda dari parti komponan BN wajib mengambil maklum dengan makluman yang sirios ini dan bertindak sabelum ianya berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan