Khamis, 27 Jun 2013

Kunta Kinte kata "Kalau boleh jangan bela hantu raya"?.

Hari Jumaat cuti di Kedah. Siberangan baca Berita Harian sampai habis. Cerita yang paling sedap Kunta Kinte tulis "Kalau boleh jangan bela hantu raya". Jika ibarat makan nasi, Siberanganjemput biji nasi sampai habis. Maksudnya, baca hingga tak tinggal sepatah perkataan pun. Baca hingga faham, termasuk maksud disebalik tulisan Kunta Kinte itu. Sedaaap....sedap sungguh.

Yang sedap tu, Kunta Kinte sama kan, lebih kurang lah, hantu raya niii.. macam Draculla. Bezanya, Dracula makan darah, hantu raya makan telur. Draculla pulak dinegeri orang putih dan hantu raya dinegeri orang Melayu. Betulkah ada Draculla? dan betulkah ada hantu raya?. Ha, yang tu Siberangan minta Kunta Kinte jawab kapada rakyat. Apa pun Siberangan tahuuuu...itu cerita berumpama, kan Kuta Kinte?.

Menariknya Kunta Kinte niii.... Banyak buat cerita berumpama. Siberangan tahu apa yang Kuta Kinte tulis dan maksudnya, terutama dalam akhbar, kita tak akan nampak jelas dan nyata, bacalah hingga habis. Sedangkan tulisannya memang terkena kapada sesiapa yang makan cabai mesti rasa pedasnya. Apa pun, dihujung alkisahnya cerita "Kalau boleh jangan bela hantu raya", Kunta Kinte kata maca terjelas sadikit. Baca yang ni, "Tapi kalau boleh atau ada jalan lain untuk jadi kuat dan berkuasa (maananya pemimpinlah tuuu... faham Siberanganlah...). Kunta Kite nasihatkan sekali lagi, janganlah bela hantu raya atau apa-apa pun jenis hantu. Berdosa dan bawa bala. Yang bela pelesit, nak bertentangan mata pun tak boleh. Kan susah?". Haaa... penutup akhirulkalam Kunta Kinte sebut..."Wallahualam".

Cantik dan jelas, kan?.

Yang Siberangan kata tadi, Kunta Kinte punya keberadaan umpama disebalik cerita hantu raya tuuuu... macam niii.....

Banyak orang jadi pemimpin termasuklah pemimpin diperingkat kampong, sesetengahnya mereka tidak sedar disekeliling mereka ada hantu raya yang mereka mereka bela dan terpaksa kena pau sampai poket terkoyak, orang Kedah kata ghebeh. Yang hantu raya tak akan sedar yang tuan dia dah terkoyak poket. Kadang-kadang tuuuu...tuan tu dekat nak papa kedana, hantu raya mesti nak makan juga. Tak bagi, hantu raya ugut. Silap tak silap, jika tuan tu tak bagi juga, hantu ni akan pi kat pemimpin lain, tokak tuan lama tu balik. Lawan, kalah tuan lama. Haaa... maca ni lah jika pemimpin peringkat kampong bela hantu raya. Macam tuuuu.... lah pemimpin yang atas-atas dan yang tinggi-tinggi nun... Oh, yang tu kalu, macam lain pulak cara hantu rayanya. Jika tak cukup makan, macam lain pulak cara nak tokak tuannya. Hantu raya depa ni tokak tuan tak mati, tuan tak jatuh dan tuan akan selamaaat, tapi tuannya akan jadi dalam keadaan bahaya. Kerja depa yang hujung-hujungnya, bila rasa tak cukup makan takat tuan dia bagi, dia khetiaq buat rasuah. Macam-maca cara lah hantu raya ni buat, dengan liciknya, dengan putar belitnya dan maca-macam lagi lah. Yang penting, depa pikiaq SPRM tak nampaaaak... tahu-tahu hantu raya ni pakai BMW dan ada rumah batu berbilik-bilik.

Memang yaaaa.... Siberangan nak kata disini maca Kunta Kinte kata, mongkalu nak kuat jangan bela hantu raya. Jika bela jugaaaakkk, alamatnya akan jadi """Siluncai Terjun Dengan Labu-labunya""". Ingat tuuuu...!!!!!.

WALLAHUA'ALAMUBISSAWAAAB...

6 ulasan:

  1. Salam..mendalam tue...

    BalasPadam
  2. Ada banyak ka yang macam tu?. Hantu raya dengan pelesit tak sama ka?. Hak jenis kon-man macam mana pulak?. Lepas tu, yang dok buat rasuah tu, ada yang guna nama tuan. Yang tu lagi sakan. Penyangak, buakn ka?.

    BalasPadam
  3. BN/UMNO pun akan terlingkup kerana hantu raya banyak sangat.
    Semua mereka sapu.
    Dulu bodek Bashah.Hari ini bodek Muhriz.
    Kerja untuk UMNO haram tak buat.


    BalasPadam
  4. Mukriz tak nampak lagi walapun dah dua bulan jadi MB.Ramai hantu raya dalam GLC di Kedah.
    Mukhriz pun macam MB tak ada idea.
    Sama dengan puak SPM/SRP juga.

    BalasPadam
  5. Angka Ramalan, Jitu Dan Akurat SGP/HKG 2d 3d 4d yang bisa anda menangkan silahkan anda hub <eyang woro manggolo di 082-391-772-208 Atau angka yang di berikan eyang benar2 jebol langsung 6D tak saya sangka saya menang 250 jt sudah 3 kali putaran berturut-turut saya menang sudah banyak yang lain tapi tidak ada bukti hanya eyang lha yang bisa membuktikan angka nya eyang saya sangat berterimah kasih eyang.

    BalasPadam