Jumaat, 6 November 2009

PARTI TAK SAH, KERAJAAN TAK SAH, MAKAN HARAM

Makanan yang dimakan adalah hasil daripada kerja yang tidak sah yang mana bermula daripada jawatan yang di pegang berkaitan dengan parti yang memerintah Kerajaan adalah parti yang tidak didaftarkan, iaitu pakatan parti2 dalam 'PAKATAN RAKYAT'. Pakatan yang bukan parti ini tidak sah, ianya HARAM.

Semua rakyat tahu bahawa negara ini ialah negara demokrasi. Parti pembangkang yang bergabung mendapat mejotiti di Dewan Undangan Negeri, mereka sepakat dan mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan, dengan persetujuan DYMM Sulatan parti2 ini dapat memerinatah negeri2 yang berkenaan. Jika di Selangor BN menuntut nak memerintah negeri berdasarkan jumlah DUN yang BN perolehi lebih daripada salah satu parti pembangkang yang bergabung, katalah BN berjaya dengan tuntutan itu, tidak dapat tidak parti2 pembangkang akan bergabung dikemudiannya, mengemukakan undi tidak percaya, maka BN yang ada majriti kecil akan jatuh juga. Atas kebijaksanaan DYMM Tuaku Sultan, kerana ada dasar demokrasi, maka baginda bersetuju kapada penubuhan Kerajaan parti yang bergabung. Walau pun, disedari bahawa Kerajaan itu haram, apabila dirujuk kapada Pendaftar Pertubuhan yang gabungan parti2 itu tidak berdaftar.

Hari ini, Khalid Ibrahim dan Tean Chua mengesahkan bahawa PR akan ditubuhkan sebagai sabuah parti yang sah dari segi undang2 negara.

Di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor PR memerintah hasil gabungan (bukan berdaftar dengan ROS) DAP, PAS dan PKR sebagai kesepakatan mereka. Sedangkan ianya bukan sebagai parti yang sah. Jika tidak sah, lojiknya ianya HARAM.

HARAM: Pegang jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri.
HARAM: Makan gaji sebagai Menteri Besar atau Ketua Meneri (Cina tak pa).
HARAM: Pegang jawatan Exco Kerajaan Negeri.
HARAM: Makan gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri.
HARAM: Keputusan yang dibuat sebagai Kerajaan Negeri yang hasilnya dimakan oleh orang
Islam.

HALAL segala galanya adalah hanya dari segi negara demokrasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN dan kebijaksanaan DYMM Sultan.

Apa yang harus dilaksanakan, perlaksanaan kehendak demokrasi negara ini, ialah mekenisma hasil majoriti bagi sesebuah parti yang boleh memerintah negara atau negeri ialah;

Pertama: Parti yang bertanding dalam pilihanraya mestilah parti yang berdaftar.
Kedua : Perti berdaftar yang mendapat majoriti sahaja yang boleh memerintah.
Ketiga : Parti2 yang borgabung tidak boleh memerintah, kecuali gabungan itu
berdaftar. Pendaftaran hendaklah sabelum piihanraya, tidak boleh salepas
daripadanya.

Keadaan sekarang di negeri2 yang PR menang dan memerintah sentiasa menjadi tidak setabil, menyebabkan hilang kepercayaan banyak pihak, turutama pelabur2 luar. Kesannya menimpa sebahagian rakyat yang tidak tahu menahu dengan kemelut dalaman sesebuah parti, walau pun ianya parti yang memerintah.

Ketidakstabilan ini kesemuanya ada punca2nya. Ini satu kesalahan dan dosa besar yang di lakukan mereka. Tetapi kerana politik kepentingan yang menggilai mereka, kesalahan yang mereka lakkan ini tidak mahu di akui.

1 ulasan:

  1. Macam tu la dengan pelbagai NGO yg tumbuh bagai cendawan sekiranya terdapat isu-isu "menarik".

    Kalau tak didaftarkan ngan ROS, makanya NGO tersebut dianggap HARAM. Semua tindakan mcm beruk berdemo sana sini pun buleh dianggap HARAM. Tak gitu?

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam