Sabtu, 23 Januari 2010

'KDNK Kedah, pelaburan asing orang ramai tak tahu'

Sudah hampir dua tahun PR/PAS memerintah Kedah sahingga ka hari ini Kerajaan Kedah tidak pernah mengumumkan KDNK Negeri Kedah. Demikian juga Kerajaan Negeri tidak pernah mengumumkan, setakat ini berapa jumlah modal pelabur asing yang melabur di negeri Kedah.

Dato' Sri Azizan Razak, Menteri Besar telah mendakwa bahawa "ekonomi negeri Kedah semakin mundur di bawah pentadbiran pembangkang adalah bersifat provokatif untuk mengelirukan pandangan rakyat terhadap pimpinan kerajaan negeri". Menteri Besar berkata "kenyataan itu juga dibuat secara melulu tanpa mengetahui perkembangan yang berlaku di negeri ini".

Oleh kerana kerajaan negeri tidak mengumumkan KDNK dan kedudukan pelaburan luar di Kedah, rakyat akan tetanya2 akan kedudukan sabenar ekonomi negeri Kedah.

Kebanyakan rakyat di negeri ini melihat serta merasakan bahang bahawa kitaran ekonomi negeri Kedah sekarang semakin perlahan, menyebabkan ramai peniaga tidak tahan dengan kelambatan pergerakannya, malah ada yang terpaksa menutup perniagaan mereka akibat menanggung kerugian.

Bahang yang amat terasa ini adalah peniaga2 yang terlibat dengan pembangunan hartanah. Kerana sekarang ini amat jelas bahawa pembangunan hartanah amat perlahan, malah tidak berlaku pembangunan perumahan baru, samada di Alor Star, Sungai Patani, Kulim, Jitra dan lain2 bandar kecil di negeri Kedah. Hanya yang ada pembangunan berjalan sekarang adalah hasil usaha Kerajaan BN dua tahun yang lalu.

Keadaan merimaskan peniaga2 yang berkaitan dengan pembangunan perumahan ini, melanda peniaga2 pasir, simen, besi, kayu dan lain2 yang berkaitan. Kesemua barang2 yang berkaitan ini berkurangan 50% jualannya daripada 2 tahun yang lalu. Banyak pekerja2 di bidang ini terpaksa berpindah ka negeri lain untuk mancari makan.

Dato' Sri Azizan Razak sepatutnya merasa malu dengan contoh bahawa negeri ini membangun hanya menyebut rancangan membina kampus KUIN berharga rm380 juta di Kuala Ketil dan perojek perumahan kos sederhana itu sebagai petunjuk perkembangan ekonomi yang baik bagi negeri Kedah. Kesemua itu adalah perancangan yang di buat oleh Kerajaan semasa BN memerintah Kedah. Beliau harus malu dengan pengumuman demikian.

Dengan yang demkian, adalah malang bagi rakyat negeri Kedah, jika ekonomi terus malap saperti sekarang, negeri ini akan terus mundur. Manakala rakyat pula akan terus dihimpit kesusahan kerana ketiadaan peluang pekerjaan dan perniagaan.

'BN MENANG KEDAH SENANG'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan