Dalam menghadapi kemelut YB. Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru yang akan dikenakan tindakan disiplin oleh PKR Pusat kerana percanggahan pendapat/lapuran Polisnya mengenai YB Khalid Samad yang berpendirian bahawa Akta Majlis Ugama Islam Selangor adalah 'Ketinggalan Zaman', PKR Negeri Kedah jelas tidak mengindahkan langsung akan nasib yang dihadapi oleh YB Zulkifli Nordin.
Keadaan ini jelas menampakkan bahawa PKR Kedah seolah-olah tidak berfungsi lagi. Tiada riaksi/peranan yang timbul dari kalangan pemimpin2 PKR dinegeri ini. Sedangkan YB Zulkifli Nordin adalah salah seorang Ahli Parlimen dari negeri Kedah. Kita ingin juga mendengar pendapat daripada Ahli Parlimen Sungai Patani dari PKR, iaitu YB Dato' Johari Abdul yang mana rakan seperjuangan dengannya sekarang sedang menghadapi tindakan disiplin.
Sepatutnya YB Johari Abdul perlu bersuara samada pendiriannya bahawa YB Zulkifli Nordin ini perlu disokong atau disanggah?. Sikap berdiam diri inilah menggambarkan persepaduan dikalangan pemimpin PKR Kedah tidak ada. Sikap "Jika hang nak mampoih sendiri hang mampoihlah". Sikap begini tentunya ada dikalangan mereka di Kedah, terutamanya dikalangan pemimpin mereka. Dalam perjuangan memperkuatkan parti, nampak jelas mereka ini adalah 'NAFSI NAFSI'.
Dan disamping itu juga, apabila dilihat dikalangan ahli dan juga pengikut PKR di Kulim Bandar Baru, tiada seorang pun pemimpin, malah ahli PKR pun, samada dikalangan ahli2nya dari bangsa Melayu, Cina atau India yang bangun memberi pembelaan atau penentangan kapada pendirian YB Zulifli Nordin yang mana dalam PRU12, mereka amat banyak memberi undi kapada YB Zulkifli Nordin yang bertanding atas nama PKR. Kenapa terjadi demikian?.
Apa sudah jadi dengan PKR Kedah niiii....?
Kita percaya bahawa apa yang sesetengah pehak (termasuk mantan/ahli PKR sekarang) berpendapat bahawa PKR Kedah sekarang tiada fungsinya lagi. Kita pun tidak tahu sekarang ini mereka berada dimana. Maka itulah yang dikatakan 'PKR NEGERI KEDAH HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU'.
The King and U
5 hari yang lalu
PKR Kedah tunggu hari nak mampoih dah. PAS, dok brgantung kat depa ni lagi, dengan PAS pun akan mampoih.
BalasPadam