Melayu Pemuda UMNO, Melayu GPMS dan Melayu Dewan Perniagaa Melayu Pulau Pinang lawan terajang dengan Melayu Parti Keadilan Pulau Pinang amat memalukan kaum Melayu Pulau Pinang. Satu pehak nak pertahankan kepentingan Melayu di Pulau Pinang dan satu pehak lagi membela Lim Guan Eng yang kununnya Lim Guan Eng ini akan mejadi pembela rakyat Melayu di Pulau Pinang..
Semua orang tahu bahawa Melayu yang mempertahankan Lim Guan Eng ini bukan Melayu tulin, dianya keturunan Arab, anak Syed Aidid yang mana beliau adalah salah seorang Arab yang lama hidup di Pulau Pinang. Nampak benar, Melayu yang membela Lim Guan Eng ini tiada jiwa Melayunya. Matlamatnya membela Lim Guan Eng adalah semata-mata nak mempertahankan kununnya Lim Guan Eng telah banyak membela kaum Melayu di Pulau Pinang. Nak berdebat, kunun mempunyai bayak bahan dari segi benar2 Lim Guan Eng itu sedang membela nasib kaum Melayu.
Dalam pemerhatian rakyat, Melayu yang begitu kuat mempertahankan Lim Guan Eng ini adalah merupakan gerombolan yang amat tidak perihatin akan keadaan Melayu, samada dari segi ekonomi, perumahan dan tarafhidup Melayu di Pulau Pinang yang rata2 berada dalam kampong2 yang amat mundur. Umpamanya kampong Makam, Jalan P.Ramli, Jelutong, Tanjung Tok Kong, Tanjung Bungar, Batu Feringgi, Balik Pulau dan amat banyak lagi kampong2 dan tempat2 yang mana Melayunya terpinggir. Ini belum di kira Melayu di Seberang Perai yang amat berbeza dengan tarafhidup kaum lain yang kesemuanya berada dikawasan2 yang exlusif. Semua orang nampak perbezaan ini.
Dalam pada Melayu Pulau Pinang yang berkedudukan saperti melukut ditepi gantang itu pun, Melayu yang sangat kuat membela Lim Guan Eng masih buta dan tidak mahu nampak atau sengaja tidak mahu melihatnya.
Jangan dikira lagi keadaan tempat2 orang Melayu yang menjalankan perniagaan. Tempat2 mereka berniaga kelihatan amat dzaif dan tiada masa hadapan yang mereka akan menjadi kayaraya sebagaimana kaum lain dinegeri itu. Kesemua bangunan2 perniagaan yang dibina oleh taiko2 lain dari Melayu, samasekali tidak akan memberi peluang kapada orang Melayu untuk mendapatkan tempat perniagaan ini.
Dalam keadaan begini, siapakah yang nak diharapkan supaya menjadi pembela kapada Melayu Pulau Pinang.?
The King and U
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan