Di Kedah beberapa orang calun yang kena tangkap muat oleh pimpinan PKR menyebabkan Wakil Rakyat yang menang dari parti tersebut tidak pandai buat kerja dan menjadi pak turut kapada PAS yang menerajui Kerajaan Negeri sekarang.
Sebagai seorang Wakil Rakyat yang ada pendirian, salah saorang daripadanya yang mana beliau tidak mahu dan tidak tahan melihat kawan-kawannya dicucuk hidung oleh kepimpinan Kerajaan Negeri yang dipimpin PAS, menyebabkan beliau keluar daripada PR dan menjadi Wakil Rakyat bebas.
Sekarang, tinggallah empat orang lagi Wakil Rakyat PKR yang walau pun diantara mereka dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri, tetapi memegang fotpolio yang tidak penting. Begitu pun, itu saja lah yang ada Wakil Rakyat yang ada sedikit kebolehan. Difahamkan, kerjabuat beliau sentiasa di runguti oleh ahli2 PAS, malah ada dikalangan tokoh2 PAS yang mengatakan beliau tidak pandai langsung menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kapadanya. Ketidakbolehan beliau menjalankan tugas, mereka berpendapat akan merugikan Kerajaan PR Kedah. Kerana, kata mereka, rakyat tidak faham akan kerjabuat beliau.
Dalam memilih Wakil Rakyat dari PKR untuk dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri, Mentri Besar menjadi terpaksa melantik Wakil Rakyat PKR dari Bukit Selambau walau pun beliau tidak faham dengan fotpolio yang ditugas kapadanya. Keadaan terpaksa ini adalah kerana janji MB semasa PRK Bukit Selambau, "CALUN KITA MENANG AKAN DILANTIK MENJADI EXCO KERAJAAN NEGER". Apabila dijanjikan begini, mahu tak mahu, boleh bekerja atau tidak bekerja terpaksalah juga dilantik. Sekarang telah timbul rungutan rakyat, terutama ahli PAS. Kata mereka, perlantikan Wakil Rakyat ini juga akan merugikan dan mengurangkan pengaruh PR dikalangan rakyat Kedah.
Jadi, cerita 'TANGKA MUAT' dalam memilih calun yang dilakukan oleh Anuar Ibrahim sabelum PRU12 dan beliau sendiri mengaku itu satu kesilapan besar, menyebabkan MB yang memimpin negeri menjadi kalangkabut dan sukar mengatur potfolio kapada Exco yang dilantik dari Wakil2 Rakyat PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan