Rabu, 3 Mac 2010

KUASA BATAL KONTREK PDC/KETUA MENTERI PULAU PINANG

Kuasa membatal kontrek dalam PDC yang akan diamalkan oleh Kerajaan Pulau Pinang, Ketua Menterinya ialah Lim Guan Eng, sebagaimana yang disyaratkan dalam borang tender yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana institusi Kerajaan dan mana-mana ajensi Kerajaan.

'Kontrek berkuasa dibatalkan oleh Ketua Menteri tanpa alasan jika beliau mendapati bahawa beliau tidak puashati dengan kerja2 kontrek dalam PDC yang dijalankan oleh mana2 kontrektor'

Amalan saperti ini boleh mencemarkan atau melanbatkan kerja-kerja kontrek yang diberikan. Amalan begini juga akan mengujudkan kronisma yang lebih ketara, kerana jika kontrektor mana2 projek  yang diberi itu  adalah kapada kenalan atau kawan Ketua Menteri, walau pun ada masaalah Ketua Menteri samasekali tidak akan membatalkannya, kemudian dibawa berunding, rayu merayu, akhirnya projek lambat siap. Yang rugi siapa? segalagalanya ialah rakyat yang menerima bahana.

Saperkara lagi,  walau pun Ketua Menteri ada kuasa eksikutif dalam hal memberi atau membatalkan kerja2 kontrek, seharusnya Ketua Menteri mengelakkan diri dari kerja2 saperti ini. Jika terang-terangan Ketua Menteri menggunakan kuasa eksikutif ini, Ketua Meneri boleh disyakki mengamalkan rasuah.

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa amalan ini tidak demokratik. Itulah sabenarnya apa yang dikatakan oleh DS Zaharin bahawa Lim Guan Eng mengamalkan fahaman kominis. Bagi negara saperti kita, lawan demokrasi adalah otokrasi. Lim mengamalkan fahaman dan bertindak secara kominis yang otokrasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan