Selasa, 30 Mac 2010

MDKP/AHLI MAJLIS

Majlis Daerah Kubang Pasu kecoh kerana bekas Ahli Majlis dari PAS melapurkan bahawa Ahli Majli dari PKR dan DAP biadap dan bercakap sebagai seorang yang tiada kridbeliti sebagai Ahli Majlis.

Sabenarnya untuk menjadi Ahli Majlis Daerah di sesuatu Daerah saharusnya dari kalangan pemimpin masyarakat atau pemimpin parti yang mempunyai sifat sebagai seorang yang dihormati dan ada daya fikiran yang baik. Dengan yang demikian, mereka boleh memberi pendapat dan khidmat yang baik untuk membangun Daerah yang mereka menjadi Ahli Majlis. Kerana, untuk menjadi Ahli Majlis, mereka diwajibkan mengangkat sumpah jawatan sama juga dengan Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri, yang mana didalam sumpah tersebut ada kaitannnya kebertanggungjawaban mereka kapada rakyat setempat.

Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, bukan sahaja pembuat dasar, tetapi mereka adalah pelaksana. Sebarang keputusan yang mereka ambil, tidak payah lagi dibawa kapada sesiapa untuk mendapat kebenaran atau kelulusan. Keputusan Mesyuarat Majlis Daerah terus sahaja boleh dilaksanakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah. Kuasa mereka memang besar dan berkridbeliti.

Apa yang berlaku di Daerah Kubang Psu, sabuah Derah yang amat pesat membangun, sepatutnya tidak begitu. Dikalangan Ahi Majlis bergaduh sehingga terpaksa membuat lapuran Polis. Disini lah gambarannya bahawa mereka yang dilantik oleh kepimpinan negeri yang diperintah oleh PR/PAS, adalah tidak layak samasekali duduk sebagai Ahli Majlis. Disinilah wibawa tidaknya kepimpinan negeri PAS/PR sekarang. Sebabnya, kuasa melantik Ahli Majlis adalah Menteri Besar dan beliau melantik Ahli Majlis Daerah yang bodoh dan tidak tahu menggunakan kedudukan mereka sebagai Ahli Yang Berhormat kecil.

Kewibawaan ini harus dipertikai. Kerana nak menjaga kepentingan politik, inilah akibahnya.

2 ulasan:

  1. Jenis kalu tak bleh bekerja tapi pandai bercakap diambil bekerja, macam tu la jadinya...

    Sudahnya, nak bina rumah, jangankan atap rumah, tiang rumah pun belum tentu dipacakkan lagi pasai masing-masing sibuk bertekak tentang pelan rumah yang disediakan arkitek...

    Gitulah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat...

    BalasPadam
  2. Macam DUN Perak la ni CTW. La ni di Dewan MDKT pun dah jadi macam tu jugak. Pakatan Rakyat dah jadi Penyangak Rakyat.

    Penyangak masuk Dewan yang mulia, dengan perangai depa (orang DAP, PAS dan PKR), Dewan pun tak jadi tak mulia dah.

    BalasPadam