Sorang kawan baru pulang ka Malaysia dari sabuah negara di Eropah kerana tamat belajar. Kelulusan Jurutera Angkasa Lepas. Kera ini kelulusan yang jarang di ambil oleh orang Melayu. Alhamdulillaaaah
Dia ni tak meninggi diri.Kaki lawak. Bila dia dah pulang, kami kawan lama dok sembang di kedai kopi Pak Ngah Man tepi jalan. Sambil sembang2 kami kena bagoih punya, dengan kacang goreng dengan kopi panaih. Dulu2 masa kami sekolah menengah, kami dok sembang2 di kedai Pak Ngah Man niiii lah. Kekadang sampai jam 10 malam baru kami balik. Masa tu duit bukan ada sangat. Lepaih pi mmotong, petang2 kami sembang situ lah.
Kekadang kawan kami yang baru balik belajar, lepaih minum dia tuang tak mayaq menum. Kami lah yang kena bayaq.
Lepaih dia balik ni, dia cehgeta satu insiden yang betoi2 memalukan.
Cegheta dia macam niiii.....
".... Kami dengan sorang kawan. Melayu jugak. Belajar di Universiti di sabuah negara di Eropah. Duduk serumah. Hari2 berulang ka Universiti, hari2lah naik bas. Dah beghulang hari2, kami ambil teket bulanan. Tiap2 bulan teket warna semacam ja. Kami dua2 oarng ni, bila naik bas angkat sikit saja teket dalam poket tunjuk kat derebar. Pasai, bas di sana derebar sorang saja yang urus bas dan penumpang naik turun. Bila kami angkat teket derebar hanggok, ok pi duduk. Sampai sebulan macam tu saja urusannya".
".....Dalam kepala kami dah mula terlintas, ini ada can boleh tipu. Bulan kedua kami cuba tak ambil teket bulanan. Tunjuk ka derebar, dia hangguk. Hari2 bulan tu depa buat macam tu jugak. Sampai sebulan, kami selamat. Bulan ketiga kami buat macam tuuuu jugak, selamat".
".... Bulan keempat, dah lepas banyak hari jugak dah. Satu hari, inspektor bas naik dan periksa semua teket penmpang. Masa tu hati kami dah mula takut. Takut dia periksa tiket kami. Bas berjalan. Inspektor bas tu sampai kat kurusi kami duduk."Tiket plss...." dia minta tiket kami".
".... Nak kata apa pun tak leh dah, kami bagilah".
".... Bila dia tengok teket kami, hampa tau apa dia kata. Dia cakap oghang putih lah. Kami faham lah. Maana dia "Bagus-bagus tuan, kamu berdua berjaya menipu kami yang tidak pernah menipu orang....". Dia pi dengan senyum".
".... Kami dua dua orang ni, punya lah maluuuu... teghasa macam nak teghjun bas la tu jugak....."
The King and U
4 hari yang lalu
Satu pengajaran yang benar2 berkesan..Patutnya kawan si berangan tu perlu jumpa dengan tokey bas dan inspektor bas tu dan bayar semua 3 bulan yang diaorang naik free bas tu..sekurang2nya imej sebagai Melayu Muslim akan terbayar dengan pohon maaf dan ganti balik duit tu..
BalasPadamDepa dah jadi bengong dengan tak tau nak soghok muka tang mana dah.
BalasPadamDinegara kita, banyak sangat sifat yang macam tu. Tak jujur, tak ikhlas. Ada peluang ja, depa songlap lah.
CCZ, pengai maca ni, bukan ada kapada semua bangsa. Macamana nak buat.
..."Di Korea Selatan. Ceghita bayar tol. Pemandu depa, teksi ka dan apa saja kenderaan lah, depa dah siap sedia wang syiling. Sampai saja di tol, depa lempaq duit syiling masuk dalam bekas macam mangkuk besar jumlah duit yang dikenakan di tol tersebut. Lpas tu depa jalan. Palang lepaih bayar tol tak dak. Kita di Malaysia, siap dengan palang. Lepas bayar tol, palang terangkat, baru jalan".
Inilah masaalah rakyat negara kita. Tiada ikhlas. Bila kita nak betulkan sifat ini?.
negara tu maju seiring dgn otak rakyatnya. aku rase dia org ni lagi berbudi bahasa dari kita. aku tak pernah pergi kedai dia org tanpa dia org ucap selamat dan bila dah bayar cakap thank you. kat sini jgn kan cakap terima kasih, senyum pun tidak..
BalasPadamsantoi