Masa menentukan bahawa hari ini PKR sudah tidak kukuh lagi di Kedah. Satelah 1,700 orang ahli PKR dari kalangan kaum India di Parlimen Padang Serai telah mengisi borang ahli MIC, jelas lah bahawa parti PKR yang di pimpin oleh Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail dan penasihatnya Dato Sri Anwar Ibrahim telah menjadi sabuah parti yang tidak dipercayaai lagi.
Peristiwa penyerahan borang ahli MIC oleh ahli-ahli parti PKR kapada Dato Ahmad Bashah Hanifah yang diketuai oleh Encik Lakcumanan itu merupakan satu peristiwa bersejarah, kerana di dewan atau tempat yang sama juga lah Encik Lakcumanan membina satu sejarah dengan membawa Dato Sri Anwar Ibrahim dan menerima kaum India seramai lebih kurang 7,000 orang menjadi penyokong PKR sabelum PRU 12 yang lalu. Bagi Dato Sri Anwar, kehadziran ramai kaum India semasa beliau berceramah, memanglah menimbulkan satu semangat yang amat tinggi baginya. Beliau bersumpah dalam ucapannya bahawa beliau akan berjuang dengan habis-habisan demi 18 tuntutan Hindraf. Beliau berjanji akan melaksanakan tuntutan itu jika parti beliau menang dalam pilihanraya ke 12.
Hasilnya, Parlimen Padang Serai di menangi PKR, Gobalakrisnen menjadi Ahli Parlimennya. Dalam masa 2 tahun Gobalakrisnen sebagai MP di kawasan itu, perjuangannya dan tindak tanduknya tidak langsung memberi khidmat kapada pengundi2nya atau rakyat Padang Serai samada kapada kaum India, apatah lagilah kapada kaum Melayu dan kaum Cina. Sebaliknya beliau terlalu banyak bermain politik di peringkat pusat serta dengan perangainya kegila-gilaan dan juga amat susah pula bagi rakyat Padang Serai yang ingin berjumpa untuk meminta pertolongan itu, menyebabkan rakyat dikawasannya telah hilang kepercayaan.
Menurut kata Encik Lakcumanen bahawa beliau merasa malu kapada rakyat Padang Serai, terutama di kalangan kaum India yang bermati-matian menolong memenangkan Gobalakrisnen dalam PRU12 yang lalu, sahinggakan beliau tak ada tempat lagi nak letak muka. Telah beberapa kali beliau mengemukakan masaalah Gobalakrisnen ini kapada pimpinan PKR, tetapi Gobalakrisnen tetap juga berperangai tidak memperdulikan kawasannya.Encik Lakcumanen juga memaklumkan bahawa masaalah dalaman PKR juga tidak habis2 menjadi isu dan cakap2 orang ramai, menyebabkanbeliau tidak mempercayai lagi bahawa PKR boleh member khidmat kapada rakyat, jauh sekali nak membela kaum India untuk maju kehadapan.
Dengan tiada kepercayaan dan keyakinan itulah menyebabkan beliau bertindak menarik keluar kaum2 India di kawasan Padang Serai yang dahulunya mengikuti beliau menyertai PKR menyertai semula MIC, kerana beliau percaya serta yakin bahawa MIC melalui Barisan Nasinal dapat membantu rakyat khususnya kaum India untuk maju pada masa akan datang.
The King and U
4 hari yang lalu
alahai
BalasPadam