Meninjau kesan ribut di beberapa taman di sekitar Sungai Patani, bersama Dato Paduka Ahmad Bashah Hanipah Timbalan Pengerusi Bdan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato Tajul Urus Md Zain Ketua UMNO Bahgian Merbuk dan En Ali Yahaya Ketua UMNO Bahgian Sungai Patani, saya bersama bebera pemimpin UMNO lain di Bahgian-Bahgian tersebut, saya nampak memang kesannya ribut tersebut telah menerbangkan atap dan kayu2 bumbung lebih kurang 350 buah rumah2 di beberapa taman dan kampong dan yang paling teruk ialah di Taman Sri Tanjung. Diantaranya yang terkopak bumbung ialah surau di taman tersebut.
Apa yang menarik perhatian saya, ialah orang ramai yang terlibat amat memerlukan pertolongan dariapada semua pehak, terutamanya pihak yang berkuasa. Kerana, apabila rumah mereka dihentam ribut, bumbung rumah mereka terbang dan menyebabkan hujan lebat yang turun dalam masa yang sama telah terjun masuk ka dalam rumah mereka. Semua peralatan rumah mereka, tilam, bantal, kurusi, meja, karpet, katil, buku2 sekolah anak2 dan lain2 peralatan basah lenjun. Ini menyebabkan mereka dalam sekelip masa menjadi orang yang terlalu memerlukan pertolongan.
Dalam masa yang mereka ternanti-nanti pertolongan itu, menurut kata mereka ada wakil daripada Kerajaan Negeri datang melawat, kata mereka ADUN kawasan yang berkenaan, tapi hanya datang melawat sahaja, tidak ada pun bantuan yang di hulurkan. Ini lah yang amat menyedihkan mereka. Sedangkan, kata mereka Kerajaan Negeri sekarang adala Kerajaan Sejahtera. Kenapa, dalam keadaan rakyat yang menimpa malang ini tiada langsung bantuan daripada Kerajaan Sejahtera itu?.
Semasa lawatan yang kami buat, kami telah meninjau tugas dan peranan yang di lakukan oleh Ketua UMNO kedua2 Bahgian Merbuk dan Sungai Patani yang mana kami mendapat maklum, bahawa kedua-dua Ketua Bahgian tersebut telah mengambil inisiatif dengan mengatur kontrekter dan pembekal dan terus membina rumah2 hampir 350 buah tersebut dan menyebabkan orang ramai yang terlibat menjadi gembira. Menurut lapuran, dalam masa 2 atau 3 hari semua rumah yang bumbung mereka terbang terbina dan kembali sempurna.
Menurut Dato' Paduka Ahmad Bashah Hanipah yang juga Pengerusi KEDA, semua bantuan yang dibelanjakan oleh kedua-dua Ketua Bahgian tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan Pusat melalui beberapa Jabatan yang mempunyai peruntukan. Tidak kira perbelanjaannya seberapa banyak mana sekali pun disamping tidak mengira mangsa2 tersebut daripada pengikut parti apa sekali pun..
Disinilah menampakkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah yang terlalu banyak bermain politik, tetapi tidak berkemampuan membantu rakyat, walau pun rakyat pada masa yang sama sangat2 memerlukan pertolongan, umpamanya rakyat di Taman Sri Tanjung dan lain2 taman dan kampong yang runtuh bumbung rumah mereka akibat ribut dan hujan lebat.
The King and U
4 hari yang lalu
Apa lagi, jomlah kita pi demo ramai-ramai kat depan pejabat MB... kita tengok macam mana dia nak kelepiag..
BalasPadamKalau bab surau bumbung terkopak tu, CCZ syorkan begini. Kalau surau terkopak di taman Sri tanjung Atas maka perbaikilah tetapi kalau kat bawah berdekatan kawasan lapang tempat pasar malam, tolong kerah puak PAS sendiri biayai. Surau tu lah jadi saksi PAS cemuh habis-habiskan Kerajaan Persekutuan dan UMNO. Tak ada sedikit pun yang tinggal. Hari-hari ada ceramah yang kalau kita dengar memang ditujukan untuk UMNO. jadinya suruh mereka sendiri yang perbaiki.
BalasPadamCCZ, saya dapat tahu daripada penduduk Taman Sri Tanjung dan bumbung surau tersebut yang terkopak pun tidak di perbaiki oleh Wakil Rakyat tuuhh... Dia pi tengok dan balik.
BalasPadamWakil Rakyat yang tak malu dan tidak bertanggung jawab. Perrraahh.. Cabok punya Wakil Rakyat. Disitu kawasan DUN Tanjung Dawai.
Sebab tu digalakkan mengambil perlindungan insuran. Ada pelbagai bentuk perlindungan insuran ni.
BalasPadamKalau jadi lagu tu, tak la kalut ternganga minta bantuan dari KERajaan mana skali pun. Depa bagi kita ambik tapi tang insurance tu pun kita ambik.
Kah kah kah!!!...