Walau pun kalah dalam PRK Parlimen Sibu, tidak bererti BN tidak diterima oleh msayarakat Cina di bandar. Majoriti tipis kapada DAPMHA hanya 398 undi ertinya kaum Cina di Bandar Sibu masih memberi kepercayaan, menaruh harapan serta keinginan yang kuat bahawa BN adalah parti yang boleh kaum Cina bergantung di masa2 yang akan datang.
DAP yang memenangi pilihanraya tersebut jangan terlalu gembira dan mempercayaai bahawa itu satu petunjuk bahawa BN akan kecundang pada masa akan datang atau dalam PRU13.
Rakyat di Sibu juga masih menyatakan dalam undi mereka kapada DAP, bahawa DAP tidak semudah itu dapat mempengaruhi kaum Cina supaya sifat cauernis yang dibawa itu dapat di ikuti 100% oleh kaum ini. Kerana, segala isu sensitif yang dalam ceramah-ceramah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu, ada kalangan masyarakat Cina amat membencinya dan mereka bagi tahu dalam undi mereka. Ini adalah kerana mesyarakat Cina kini telah banyak menerima segala nikmat, samada nikmat itu segi ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan juga agama yang mereka anuti.
Semua nikmat ini, tidak pernah di beri oleh DAP kapada mereka, samada mereka ini berada di bandar atau luar bandar. Kesemuanya di sediakan oleh Perikatan/Barisan Nasional yang memerintah negara ni sejaka Malaya/Malaysia mula Merdeka.
DAP ujud dari masa itu, sejak Malaysia keluarkan dari Singapura. Sejak itu lagi Lim Kit Siang telah mula berjuang kononnya bagi pihak kaum Cina. Tetapi, apa nikmat yang di perolehi adalah kesemuanya hasil perjuangan Barisan Nasional. DAP hanya bercakap dalam skop couvenism nya sahaja. Tiada lebih dari itu.
Kemenangan DAP di Sibu, harus ada satu posmotm dari semua aspek termasuk keadaan kaum bumiputera di Serawak, apakah layanan yang di beri Taib Mahmud sama saperti layanan kapada kaum Asli yang di beri oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di Semenanjung?.
The King and U
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan