Sabtu, 22 Mei 2010

MALAM KERAMAT 22 MEY 2010

Amat banyak rakyat Kedah sedang  memberi tumpuan kapada Komplex PAS Kota Sarang Semut. Jika ianya terjadi sesuatu disana, bererti satu sejara akan di ukir dalam negeri Kedah Darulaman.

Sejarah ini boleh jadi hitam atau putih kapada banyak golongan yang mengerti dengan peristiwa itu. Sejarah begini amat jarang berlaku dan ianya akan memberi satu tamparan, satu titik hitam menjatuh kan maruah pejuang keharmonian demi menyelamatkan 1 Malaysia. Mereka adalah pejuang yang menerima tekanan dek kerana nak menentukan kuasa yang kekal walau pun pejuang2 ini telah dipermainkan dalam banyak hal yang mana segala yang mereka perjuangkan untuk bangsa mereka tidak pernah berjaya dan tiada langsung layanan yang diberikan.

Mereka sedar itu semua. Tiada kuil hindu yang berjaya dibantu. Tiada sabesar zarrah pun perjuangan mereka di ambil kira, walau pun menjerit mereka meminta. Usahkan bantuan kapada tokong, malah berjumpa mereka pun tidak pernah dilakukan oleh kepimpinan yang menekan mereka supaya membuat perakuan dusta malam ini.

Tekanan demi tekan di buat kapada pemimpin yang berhati bersih sebagai  pejuang bangsa. Lantas kuranghajar pasukan ini, sahingga ada dikalangan mereka yangsanggup mengatakan bahawa pemergian pemimpin-pemimipin ini samasekali tidak merugikan pihak berkuasa.

Walau pun malam ini bersempena majlis penerangan, kenapa pemimpin2 bangsa ini dipaksa membuat perakuan SOKONG atau TIDAK SOKONG. Kenapa tidak diletak muncung senapang dikepala pemimpin bangsa ini (dari DUN Bukit Selambau, DUN Kulim, DUN Kota Darulaman dan DUN Sidam).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan