Isnin, 7 Jun 2010

ANUAR IBRAHIM CAKAP MERAPU

DEPAKATA ,

6hb Jun 2010 Anuar Ibrahim berceramah di Dewan Pekan Serdang. Dewan Orang Ramai tu dibina zaman Dato Kadir Sheih Fadzir jadi MP Kulim Bandar Baru. Semalam Anwar Ibrahim berceramah di Dewan tersebut.Kehadziran lebih kurang 1,000 orang. Banyak tu jeerrrr.... DEPAKATA ceramahnya ini dalam siri 'Roadshow' penjelasan pitnah yang kesnya dalam Mahkamah sekarang ini.

Kebanyakan yang hadzir, penyokong2 PAS dari Kedah Tengah, Seberang Perai dan Perak Utara. Orang Kulim Bandar Baru tak banyak. Boktinya, bila Anwar sebut, "Orang Kulim Bandar, sokong tak apa yang saya kata niiii...". Macam biasalah. Orang ramai jawab hamber. Semacam orang Kulim Bandar Baru tak berapa ada dlam majlis tuuu... Sekali lagi Anwar tanya, "Tuan2 sokong taaakkk...nak dengan kuat sikit". Yang lebai2 pendatang pun jawaaaaab, "sokoooonggg...", sambil angkat tangan ramai-ramai.

Yang Anwar kata tu, "Zulkifli Nordin ni tak boleh pakaaaai.... Orang Kulim Bandar Baru sokong tak apa yang saya kata niiii...?". Itu yang Anwar mintak orang ramai jawab. Orang Kulim Bandar Baru tak dak, tak ramai dalam majlis tu. Tak kan orang luar nak jawab. Sekali lagi Anwar tanya, dijawab "sokoooonggg...". Yang jawab banyak dari puak lebai2 lah.

Isu-isu yang Anwar bercakap nampak maca tak tentu arah, sekejap cakap pasal Altantuya, sekejap cakap pasal sabsidi, sekejap cakap Zulkifli Nordin, sekejap cakap pasal MP-MP PKR keluar parti, sekejap cakap mengatakan semua Hakim dalam negara ini bahlul dan sekejap cakap pasal dia difitnah. Nampak macam Anwar niii.., bercakap tak konsisten. Banyak pendengar tanpa jemputan kata, ini Anwar ka bercakap? atau Anwar niiii... dah sewel, tak ada lagi macam Anwar Ibrahim macam dulu-dulu. Bercakap konsisten, tersusun, penekanan cakapnya membuat orang terpegun menunggu satu demi satu isu yang diulas.

Sekarang Anwar Ibrahim amat berbeza dari dahulu, kenapa?

Mungkin agaknya Anwar Ibrahim niiiii..., sudah tahu bahawa pengikut2 atau penyokong PKR di Kedah sudah banyak yang lari.Dikalangan orang Melayu, India dan Cina sudah banyak yang meninggalkan PKR.
Nampak jelas, didalam majlis tersebut orang Cina hanya ada tak sampai 30 orang dan kaum India ada lebih kurang 25 orang. Pemimpin PKR yang hadzir MP Padang Serai dan Kuala Kedah. serta ADUN Sidam dan ADUN Bandar Baru. MP Sungai Patani tak hadzir. MP Kulim Bandar baru teramat2 benci melihat Anwar Ibrahim.

Memang iyyaa... DEPAKATA, Pengerusi2 PKR Bahgian2 tak hadzir, kerana mereka telah banyak yang meletak jawatan secara diam2. Yang masih ada memegang jawatan hanya yang menjadi MP, contoh Johari Abdul Sg. Patani, Ahmad Yahaya Kuala Kedah dan Dato Rashid Merbok. Yang jadi ADUN tak ada yang pegang jawatan. Jadi, puak2 yang kore2 yang memegang jawatan di Bahgian, apabila kepimpinan atasan tak pernah ambil peduli, depa pun angkat kaki dan cabutlaaaahhh...., tapi secara diam-diam.

Makaaa...nyaaa, itulah mungkin sebabnya Anwar Ibrahim berceramah di Dewan Orang Rami Serdang, tidak mantap lagi...... tidak bermaya saperti dahulu.

1 ulasan: