Di Kedah yang mana tidak disebut oleh Awang Selamat dalam bisik-bisiknya, pemimpin PR terutama MB tidak kurang agressifnya mengiklan diri beliau dimerata-rata persimpangan seluruh negeri Kedah. Apabila ditinjau seluruh negeri (boleh dikatakan disetiap kawasan Dewan Undangan Neger) terdapat keseluruhannya tidak kurang 500 ++ papan iklan bersaiz paling besar terpampang dengan gambar MB. Dipapan-papan iklan ini, dinyatakan pelbagai slogan yang menarik, apabila dibaca akan mempengaruhi orang ramai dan dapat meruntun jiwa rakyat Kedah, apabila mengundi nanti akan memberi sokongan kapada PR (PAS, PKR dan DAP). Maka PR akan memerintah terus negeri Kedah.
Apa yang menarik, selain dari pemimpin nombor 1 PR Negeri Kedah yang sanggup senyum menjual dirinya, toke-toke iklan, iaitu tuan punya papan tanda atau bilbord yang besar-besar tu lah yang menenima kekayaan. Selain dari itu, yang lebih-lebih lagi mendapat kekayaan ialah pengurusan penerangan Pejabat MB Kedah, siapa yang menjadi tuannya semua orang tahu. Bayangkan, all-in satu bilbord dipasang selama 3 atau 4 bulan gambar MB tersenyum sahaja, sekurang-kurangnya bernilai RM25,000 x 500 = RM12,500,000 yang perlu dibayar oleh Kerajaan PR dengan menggunakan wang rakyat, yang hanya semata-mata nak bagi tahu kapada rakyat bahawa MB perihatin dan sentiasa senyum kapada rakyat disamping beberapa ayat berupa slogan berbaur pembohongan. RM12,500,000 wang rakyat ditelan penyamun-penyamun kroni-kroni Ustaz Azizan MB Kedah. Cara macam niiiii.... banyak orang mahir dan kenalpasti berapa komisyennya.
Rakyat tidak kisah jika papan-papan iklan yang besar-besar digunakan oleh Kerajaan PR Negeri, meletakkan iklan kempen-kempen kebersihan, kempen-kempen mengibar jalur gemilang atau kempen-kempen apa yang boleh menambah/memberi kesedaran kapada rakyat demi kemajuan rakyat amanya dan kemajuan individu khasanya.
Rakyang merasakan, menjual diri dipapan iklan, menggunakan slonan-slogan berbohong kapada rakyat tidak ubah saperti iklan zoo waktu malam Taiping.
Penulis berbangga dengan bilbord-bilbord yang menggambarkan keagungan Raja dan Sultanah yang dijunjung, kerana bilbord berupa begini adalah teramat perlu bagi rakyat melihat serta menyanjung tinggi kewibawaan DDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah pada hari-hari keputeraan dan masa-masa lain yang sesuai. Institusi ini yang bukan memerlukan undian rakyat.
Institusi MB memerlukankan undian rakyat, gunakan duit rakyat. Jika bukan duit Kerajaan, sudah tentu disponser oleh GLC dan CLC mana yang dipergunakan itu?. Wang perolehan GLC juga adalah kepunyaan rakyat. Nak dapat undi jangan guna duit Keranaan atau duit GLC.
bodo-bodo pas buat juga billboard sebagai persiapan nak pru.
BalasPadamumno kedah buat apa.dok kerja bagi bantuan saja.
macamlah negara baru merdeka.
54 tahun merdeka umno masih dok buat kerja serupa.
umno tak ada pendekatan yg radikal dan memikat pengudi yg tak perlu apa-apa bantuan.umno kedah berubahlah banyak-banyak.setakat ini umno tak boleh menang lagi nak perintah kedah.
Hmmmm... PAS bodooo nooo..? Tanpa Nma 12/8 6.11pgi ceghdik nooo... Yang PAS dok buat keghja cakap tak seupa bikin tu hang syiok lla noo?. Jaga KUIN tak bayaq hutang dan gaji kakitangan. Kata nak peghintah cagha Islee.. Pusat hiburan tempat menari terkangkang bercambah. Buat komplek beli belah, gereja dan tokong tak dighuntuh, tapu surau wakaf khas Kerajaan Pas na ghuntuh. Perubahan macam niiii..hang sukalah noooo..?
Padammarilah kita sama sama menyokong Mukhriz untuk jadi MB Kedah bila UMNO Menang nanti.
BalasPadamhidup mukhriz