Pulau Pinang disebelah pulau seharusnya dijadikan Wilayah Persekutuan keempat selain dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puterajaya dan Labuan serta dijadikan juga pulau kecuali cukai. Ianya amat sesuai dan strarejik terutamanya dari segi pelabuhan yang tertua di Malaysia.
Sebagai sabuah pulau pelancungan dan perdagangan, pulau ini amat stratejik sebagai pelabuhan bebas yang memungkinkan ianya akan dikunjungi lebih banyak pelancung dari dalam dan luar negara.
Menyingkap kembali sejarah pulau ini penjajah inggeris yang datang ka pulau ini melalui Padang Kota Lama, hanya dipulau itu sahaja yang dibangunkan samada dari segi prasarannya, perdagangannya, pendidikannya (hingga kini disabelah pulau lah yang paling banyak sekolah yang disebut st. st nya yang mana disetiap sekolahnya didirikan gereja), pusat-pusat pelancungannya (Bukit Bendera yang terkenal dengan keretapi bukit) dan kesemua bangunan-bangunan lamanya telah dijadikan warisan sejarah adalah hanya di Pulau Pinang.
Dengan penjajah Inggeris mengujudkan pembangunan pesat sejak beratus-ratus tahun lalu tanpa menyentuh Seberang Perai yang mana kesemua pembangunannya dibangunkan hanya salepas merdeka. Sejak itu Seberang Perai semasa kesemasa membangun sahingga rakyatnya mendapat kemudahan-kemudahan yang hampir sama dengan pembangunan di pulau.
Suasana hari ini, melihat kapada pembangunan di pulau masih tetap berbeza yang mana dipulau menjadi sabuah bandar kosmopoliten, sedangkan di Seberang Perai masih tetap dengan bandar yang ketinggalan zaman. Perbezaan ini amat ketara apabila dilihat keadaan diperkampungan. Dipulau penempatan penduduknyanya hampir 85% bangunan pencakar langit, sebaliknya di Seberang Perai masih 85% keadaan perkampungan.
Dalam kesempatan pembangunan pesat di pulau inilah, dalam kesempatan banyak pihak yang mahukan penempatan morden inilah penempatan perumahan cantik dan mahal inilah, terus dibina dan dibina penempatan penduduk yang nilainya sahingga kedapatan rumah-rumah kondo yang tidak mampu dibeli lagi oleh pemastautin pulau itu sendiri yang mana sekarang hanya mampu dibeli oleh rakyat Hong Kong, Singapura dan Indinesia.
Keadaan penempatan mahal ini boleh dikatakan tidak dapat dibendung lagi terutamanya dikawasan pinggir pantai. Di Tanjung Tok Kong dan Tanjung Bungah penempatan masih terus dibangun walau pun ianya diusahakan oleh UDA, masih juga dengan harga mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang yang berpendapatan rm10,000 kaatas. Gulungan pendapat dibawah dari itu telan air liur.
Keadaan ini berlaku kesemuanya berpunca daripada kuasa meluluskan pembangunan saperti itu ada kapada pihak atau orang-orang yang tiada pemikiran perihatin terhadap gulungan berpendapatan rendah saperti kerani, pekerja kilang dan penjaja yang terdiri dari semua bangsa dan ugama. Walau pun mereka Melayu, Cina atau India, kerana mereka berpendapatan rendah mereka tidak mampu memiliki rumah-rumah yang bernilai jutaan ringgit. Yang mampu hanyalah mereka dari Hong Kong, Singapura dan Indonesia.
Bercakap pasal penempatan ini, yang perihatin ialah yang mahu memikirkan nasib gulungan berpendapatan rendah ialah gulungan yang patuh kapada arahan pihak atasan sebagai Datuk Bandar yang kuasanya dibawah Kerajaan Pusat sapertimana Datuk Bandar Kuala Lumpur yang sentiasa mengikuti arahan dan peduman dari Ketajaan Pusat.
Maka, adalah baik pulau di Pulau Pinang itu dijadikan Wilayah Persekutuan dengan nama BANDARAYA GEOGHTOWN. Kerana dengan ini, penempatan gulungan pendapatan rendah akan berpeluang mendapat tempat duduk yang mampu dibeli sebagaimana Bandararaya Kuala Lumpur membina penempatan Ceras, Pantai dan banyak lagi. Kerana di pulau Pulau Pinang, amat banyak tanah-tanah Kerajaan Persekutuan yang boleh dibina bangunan perumahan rakyat miskin atau berpendapat rendah ini.
Pengurbanan ini harus dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang demi rakyat yang tercinta. Wilayah Persekutuan perlu tiada kawasan Dewan Undangan Negeri. Yang perlu hanya kawasan Palimen.
The King and U
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan