Selasa, 7 Ogos 2012

RAKYAT LUNAS SEDIH DATUK SAIFUDDIN NASUTION HINA PENGUNDI DUN LUNAS, LARI KA KULIM/BANDAR BARU

Minggu lepas penulis menyambung maklum dan menulis apa yang diumumkan oleh DSAI dalam satu majlis besar di Kulim bahawa calun PKR Parlimen Kulim/Bandar Baru ialah Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mana sudah barang tentu akan berpindah dari Parlimen Tumpat, Kelantan. Penulis tidak pula membuat siasatan kenapa beliau nak di pindahkan atau berpindah dari Parlimen Tumpat Kelantan ka Parlimen Kulim/Bandar Baru?. Adakah Datuk Saifuddin Nasution dihalau oleh orang Kelantan atau sebaliknya. Dan penulis juga tidak perlu menyiasat, apa sebaliknya itu.

Apa yang penulis rasakan beliau pindah itu, ada beberapa sebab yang boleh dipercayai, diantaranya ialah menggantikan Datuk Zulkifli Noordin yang sekarang MP Bebas Kulim/Bandar Baru yang juga sekarang amat-amat kaw-kaw punya belasah DSAI dimana-mana sahaja dia berucap dan diantaranya juga kerana, hak/kuasa memutus/melantik calun dan meletakkan calun berkenaan bertanding dimana-mana adalah DSAI Penasihat PKR, bukan Presiden PKR Wan Azizan Wan Ismail yang juga isteri kapada DSAI. Jadinya, Datuk Saifuddin Nasution ini, dimana saja yang nak diletakkan oleh DSAI, boleh. Samaada Datuk Saifuddin Nasution ini JUGA ingin bertanding Paerlimen dan DUN, boleh, apa lagi hanya nak bertanding di Parlimen, tak ada masaalah lansung. Kuasa ditangan DSAI. Wan Azizan hanya nak diarah oleh DSAI tandatangan tauliah calun sahaja.

Satu kajian yang penulis buat masa turun padang (kita pun orang besar juga) dan buat siasatan serta tinjauan agak menyeluruh dalam Parlimen Padang Serai, Kedah. Sebab  kerja-kerja begini penulis suka buat, kerana sekurang-kurangnya penulis dapat jumpa orang kampong dan dapat makan durian, kekadang orang kampong bagi buah durian untuk penulis bawa balik bagi cucu makan. Jika penulis sembang di kedai kopi, kena teh tarik ja lah.

Dalam tinjauan rambang yang penulis buat, khususnya di DUN Lunas yang pada suatu ketika dulu Datuk Saifuddin Nasution (masa tu belum Datuk) bertanding menjadi calun PRK dan beliau menang. Kemenangan beliau dalam PRK tersebut terlalu trajik, kata orang ramai yang penulis jumpa. Sahinggakan, kata mereka, ada kejadian yang nak berbunuh-bunuhan,  paksa-pakasaan, kurung-merngurung, bakar-membakar, baling-membaling demi nak memenangkan Saifuddin Nasution. Boleh dikatakan habis rakyat dalam kawasan DUN Lunas tatkala itu menjadi ketakutan sahinggalah kahari mengundi, kerana balatentera-balatentera serata samseng-samseng Melayu kebanyakannya, yang dibawa oleh parti Saifuddin Nasution/DSAI bergabung dengan PAS bermaharajalela melakukan apa saja perbuatan, kata puak-puak depa 'by hoock or crook' PRK ini BN misti kalah, demi nak memenangkan Saifuddin Nasution untuk PRK tersebut. Sahinggakan, berlaku juga agen Lee Kuan Yuu datang berjumpa Saifuddin Nasution pada masa PRK tersebut, demi nak membantu untuk nak memenangkan Saifuddin Nasution dalam PRK tersebut juga. Kata orang-orang yang penulis tinjau, begitulah dahsyatnya usaha pembangkang yang nakkan Saifuddin Nasution menang untuk menjadi ADUN Lunas.

Kebanyakkan yang penulis tinjau termasuklah kaum India dan Cina yang mana masa PRK dahulu mereka memberi sokongan tidak bebelah bagi kapada Saifuddin Nasution dan beliau peroleh kemenangan, maka jadilah Sifuddin Nasution sebagai Ahli Yang Berhormat kali pertama. Apa yang mereka merasa sedih, satelah Saifuddin Nasotion mendapat nikmat sebagai  YB DUN Lunas (menjadi batu loncatan) dan dapat lagi atas nama ADUN Lunas, beliau naik pangkat terlalu tinggi melangit, sebagai Setiausaha Agong PKR dan sebagai ahli Parlimen, sebelah mata pun Saifuddin Nasution tidak mahu pandang dah orang orang di DUN Lunas. Dan lebih sedih lagi Anwar Ibrahim istihar Saifuddin Nasution akan betanding dalam PRU13 ini di Kulim/Bandar Baru semasa beliau berucap di Stadium (tepi kampong Pak Su Mi) yang terletak dalam DUN Lunas. Mereka terasa semacam Saifuddin Nasution niii... dah lah tak mau bertanding di Parlimen Padang Serai (dalamnya DUN Lunas), istihar pi bertanding kawasan lain, di tepi Parlimen Padang Serai pulak, maca dia dan Anwar Ibrahim mai tendang terajang muka kami di Padang Serai, dengan kata-kata pulak lagi, yang orang Padang Serai tak guna lah, tak bolih pakai lah. Jadi macam depa hina kami. Jika nak istihar pun pi lah mana-mana nun, jangan mai depan mata kami.

Inilah luahan orang ramai yang menjadi penyokong batat beliau di Lunas yang sanggup bergaduh dengan sesiapa saja di kawasan Parlimen Padang Serai yang mana mereka menganggap Saifuddin Nasution adalah manusia yang tak sadar diri, taka tahu dek untung, hidung muncung babi. Nak apa-apa main sodok saja, apa yang dia dapat makan telan dia akan telan, tak kira tahi ka, cacing ka, kulit durian busuk ka dia akan telah. Mereka kata, awat Saifuddin Nasution pi bertanding di Parlimen Kulim/Bandar Baru, kenapa tak mahu bertandinga di Parlimen Padang Serai, awat dia takut kat Gobalakrishnan ka, dan dia boleh tentu menang ka bila dia pi bertanding di Kulim/Bandar Baru. Dia lupa ka Kulim/Bandar Baru sebelah Padang Serai ja. Di Padang Serai sekurang-kurangnya dia ada kenalan rapat, tapi di Kulim/Bandar Baru dia kenai sapaaa?. Dia akan tetomoih di Kulim/Bandar Baru. Macam tu lah lebih kurang orang/pengundi Padang Serai sedih dan geram kapada SaifuddinNasution yang memang saorang politikus licik (dunia PAS hidup dan dunia PKR pun hidup:-didikan UMNO)  dan berkepentingan. Perjuangan beliau, nombor 1: pertahan DSAI dan nombor 2: jaga diri jangan jatuh dalam politik. Ada kemungkinan, apabila DSAI dah mampus Saifuddin Nasution akan  berpatah balik mintak belas kasihan UMNO, sebab dia banyak kawan, diantaranya penulis ... niii, TS Syed Hamid, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Dato Sahlan SETPOL Najib dan banyak lagi.

Sekarang orang Kulim/Bandar Baru tak mahu Zulkifli Nordin, nak kan Saifuddin Nasution....?????

4 ulasan:

  1. dlm politik yg cerdik depa saifudin dgn sahlan.sorang dlm umno.sorang lagi dlm pkr.sapa menang depa boleh hidup.melayu lain pekak main politik.dua kemas jawatan depa.tolak tak rebah punya.

    fudin dia pi kulim kerana konfiden boleh menang.umno kulim bukan kuat.kuat pun sesama umno saja.ramai cikgu dan orang gomen sokong pembangkang.

    hangpa tau lah perangai puak dlm umno kulim.dulu boleh lah .hari ini orang ramai pun cerdik.depa tengok calon dulu.kalau dinasti lama juga hangpa tunggulah.

    kulim amat cerah untuk pkr...kalau hangpa pi singgah di pasar,kedai kopi,dsb baru hangpa pa tau kedudokan sebenaknya.

    itulah masa umno kuat depa pancung sana sini sampai rapat.sekarang apa jadi.

    undi tak rahsia lagi.

    umno kulim kena buat perubahan.kalau nak dihormati.zaman gempak gempak dah tak jadi.

    undi saifudin pkr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN, Aziz masuk lgi, bungkuih. Jika ltak orng lain, PKR pun bungkuih.

      Padam
  2. Saifudin dulu orang kuat umno poko sena.dia pun kena pancung dgn mat lebai.serupa lah dng umno kulim jernih sikit pancung.sapa tak meluat.lama-lama tinggal depa sajalah.orang lain undi pembangkang.
    salah sapa.rakyat tak salah.puak dlm umno yg salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita Spuddin Nsution ni bukan pasal pancung-pancung dibuat Mat LSU. saifudin ni opocunis besaq. Pandai lobi, pandai bodek. Bos yg dia suka cakap, semua dia kata betoi. Jeneh peghang ni... PRK Lunas, sampi orang nak bunuh-bunh kerana dia, tak paaaaa...

      Pasai tu dia hiduuuup. Lan Cha ingat, jika Sifudin ni ada dlm UMNO, dia baguih ka?. Baguih cagha dia lah, pijak orang sana pijak orang sini, dah naik jadi pucuk enau lahhhh

      Padam