Janji ini dituntut oleh Menteri Besar Kedah yang kononnya dijanji
oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana
Menteri. Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri,
Dato' Sri Mahadzir Khalid menjadi Menteri Besar, tuntutan tidak dibuat.
Jadinya sekarang dia sebagai MB dia akan tuntut. Dengan megah dan cgenge
Ustaz Azizan kata kapada Wartawan "beritahu Kerajaan Pusat supaya bayar
kami (kerajaan Kedah) rm100juta baru kami hentikan tebang balak
dikawasan hutan simpan".
Baca Utusan hari ini nak tergelak pun ada, nak kutuk pun ada.....
Sesekali tengok peghangai Azizan Razak niii... macam budak-bidak. "Tak bagi coklat cek bakaq rumah".
Yang
rakyat pertikaikan bahawa, betapa bahayanya kawasan hutan simpan itu
ditebang dan ditebas hingga botak ialah kerana faktor hakisan yang akan
menyelubungi bumi Kedah yang mana ianya akan memberi impak akan berlaku
banjir besar dengan mengejut yang akan melanda bumi Kedah dan akan
memusnahkan pertanian dan penempatan penduduk. Contohnya di Sungai
Kupang, Baling, jika berlaku hujan berhari-hari di Gunung Inas, jawabnya
banjir besar akan berlaku disekitar Sungai Kedah yang salurannya datang
dari Baling yang akhirnya rakyat Kuala Muda akan kena bahananya.
Di
Sik, Rimba Teloi tidak diusik oleh Kerajaan BN sejak Tan Sri Osman
Aroff jadi MB, kerana bimbang jika hutan rimba disitu ditebang akan
berlaku kesan buruknya iaitu banjir besar di Sungai Muda, sekali lagi
saya sebut, akibahnya rakyat dan cucuk tanam di Daerah Kuala Muda akan
musnah terkena bahananya saperti berlaku banjir besar tahu 1998.
Sekarang
Kerajaan Kedah telah meluluskan 2400 hektar kawasan balak termasuk di
Rimba Teloi. Dari kawasan Rimba Teloi ini lah segala lori-lori balak
setiap hari membawa beribu-ribu tan balak-balak tersebut dibawa ka
Kilang Plywood Bukit Selambau dan lain-lain lagi. Semua rakyat tahu
bahawa kawasan tersebut adalah hutan simpan yang menjadi hutan tadahan
untuk air di Muda Dem (sebagai tasik air simpanan sokongan kapada Tasik
Pedu-mengalir melalui terowong yg dibina dari Tasik Muda ka Tasik Pedu)
dan aliran dari hulu Sungai Muda yang airnya mengalir hingga ka Kuala
Muda.
Disinilah saharusnya Menteri Besar Kedah tahu dan
memikir panjang demi kebaikan rakyat Kedah yang 2008 telah memberi undi
kapada partinya sahingga beliau dapat menjadi Menteri Besar Kedah.
Yang
saya kata bapak tak bagi coklat bakar rumah tadi, ialah kerana Kerajaan
Pusat tak bagi rm100juta nak musnahkan kesejahteraan rakyat Kedah.
Jangan ingat pasal tak dapat rm100juta biaq mampoih rakyat Kedah
niiii... Jangan ingat, aku nak jadi MB tak lama dah, rakyat biaq pi...
mana boleh.
Ustaaaaz....
Janganlah
cakap "saya orang kampong anak petani, saya datang dari masyarakat bawah
dan tahu nak tolong orang bawah macamana, anak doktor dia mana tahu".
Ya laaaah.... Ustaz orang kampong kat Batu 16, kawasan bendang melaut.
Ustaz pun tak tahu, pasainya belah-belah kampong Ustaz tak besa banjir.
Yang Ustaz pi gondol bukit Pedu tuuu... apa ada kaitan yang kata nak
tolong orang bawah. Dan apa ada kaitan dengan anak doktor. Yang anak
doktor buat kerja kat orang Jerlun, nampak gaya lebih baik dari Ustaz
tebang tebas hutan sampai bitak. Di Sungai Limau tak nampak pun Ustaz
tolong orang bawah.
Rakyat kata Ustaz tebang tebas
hutan kerana bagi kaya keroni Ustaz. Hasil balak beratus juta depa tu
sapu. Nak buat ladang buah-buahan, bila rakyat di Pedu tu boleh makan.
Macam tu ka kata nak tolong orang bawah. Orang bawah Ustaz kat Pejabat
MB tu lah yang kenyang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan