Ahad, 31 Mac 2013

KEDAH LA NI; HARTA KARUN JUALAN BALAK KAYAKAN KRONI/RAKYAT TUNGGU HASIL LADANG RAKYAT.

Walau pun isu pemabalakan di Kedah sekarang agak sepi, kerana berjaya dipadamkan oleh Penerangan PAS Kedah yang diketuai oleh Zulkifli Yahaya dengan menghebohkan melalui kenyataan palsu dalam sebaran kapada rakyat isu projek RM403 juta yang kononnya diselewengkan semasa Kerajaan BN memerintah Kedah, namun rakyat Kedah patut tahu bahawa pembalakan di Kedah masih terus bermahrajalela di tebang, ditarah bukit dan gunung di Pedu, Sik, Baling dan Kulim.

Sekali pun pihak EIA telah memberi arahan supaya pembalakan secara rakus sahingga merosakkan ekosistem dinegeri ini perlu dihentikan, namun Kerajaan PAS tetap juga meneruskan kerja-kerja itu. Kononnya, kerja-kerja tersebut terpaksa diterusakan, kerana Kerajaan Negeri telah membuat dasar bahawa pertanian dinegeri Kedah wajib diteruskan, kerana dasar ini dibuat adalah sebagai mematuhi saranan Perdana Menteri semasa melancarkan dasar pertanian negara tahun lalu. Dasar pertanian bukan tebang balak dan tarah bukit.

Kononnya, bagi menunaikan saranan tersebut, maka Kerajaan PAS/PR Kedah membangunkan Ladang Rakyat yang saling tak tumpah saperti yang di lakukan oleh Kerajaan Kelantan. Bezanya hanya, di Kelantan, kerajaan negeri merampas tanah rakyat dan diberi sebanyak beratus-ratus ribu hektar kepada pelabur Cina DAP, di Kedah kerajaan negeri menarah bukit bukau walau pun dikawasan tadahan, kononnya hendak dijadikan ladang rakyat. Gema hendak dijadikan ladang rakyat itulah yang disebut-sebut oleh Ustaz Azizan MB Kedah sebagai menutup kejahatan beliau menggunakan PKNK sebagai hostnya yang akan menghakis hutan-hutan balak selagi beliau berkuasa dinegeri ini.

Isu pembalakan ini lah juga yang menjadi salah satu elimen punca berlakunya titik hitam pertelingkahan sesama sendiri didalam PAS. Berebut-berebut bagi mendapatkan harta karun tetap akan belaku salepas menang perang.

Hingga hari ini, tidak diketahui siapa sabenarnya telah mendapat harta karun pembalakan di Kedah. Yang jelas, hasil jualan balak ada kronei ahli PAS yang kaya, sementara rakyat yang ahlis PAS Kedah sedang tertunggu-tunggu hasil ladang rakyat yang akan mereka perolehi. Entah bila dan entah dimana.

1 ulasan:

  1. Pas tamak habis hutan pedu dia ratah. Nk buat ladang rayat konon. Klu rakyat tk buka mata lg tk tau laa...

    BalasPadam