Selasa, 2 April 2013

KARPAL SING TETAP MENYATAKAN ANWAR IBRAHIM ADALAH 'PELIWAT...'

Seingat saya hingga kini Krpal Sing tidak pernah menarik balik kenyataannya dalam Parlimen bahawa Anwar Ibrahim adalah 'saorang peliwat' samada dalam Parlimen atau diluar Parlimen. Rekod ucapan dalam Parlimen tidak boleh dipadam. Sekiranya Karpal Sing menyatakan dimana-mana saja bahawa dia menarik balik kenyataannya itu, namun kenyataannya yang termaktub sebagai 'hanset' tetap juga berada disitu.

Sebagai peguam handalan dan disegani dinegara ini, Karpal Sing tidak semudah itu hendak memutar belitkan kenyataannya itu. Kita percaya ketegasan Karpal Sing yang berprinsip sama saperti pendiriannya mengenai hukum hudud yang mana beliau berpendirian bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu hinggalah menyebabkan Nik Aziz membuat kenyataan politiknya bahawa 'itu kenyataannya, lainlah jika Karpal jumpa saya'. Secara tba-tiba nampak pula Nik Aziz menyambut hari jadinya dikediaman Karpal Sing yang dihadziri bersama ADUN tunggal PAS Pulau Pinang yang juga YDP Majlis Ugama Islam Negeri Pulau Pinang. Namun Karpal Sing tidak juga menarik balik kenyataanya mengenai hukum hudud, walau pun Nik Aziz datang ka kediamannya.

Prinsip yang samasekali tidak akan menarik balik apa juga kenyataan yang pernah dibuat, dipercayai kenyataannya dalam Parlimen mengatakan 'Anwar saorang peliwat.....' Karpal Sing tidak tarik balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan