Sabtu, 6 April 2013

LAPURAN DAN TAWARAN PAS (manifesto) DAP DAN PKR KEDAH, NANYAKAN PENGUNDI PENYOKONG DEPA...kenapa?

Hari ini PR (PAKATAN RAKYAT ka PAKATAN HARAM....?) telah menerbitkan manifesto yang dinamakan 'pencapaian & manifesto pakatan rakyat', ditambah lagi dua perkataan tulisan jawi 'Kedah sejahtera nikmat ?utuk?...tulisan pun dak kecamok (bukan 'untuk') semua dikulit muka depannya. Ianya merupakan sabuah buku satebal 33 muka mengandungi cerita 'pencapaian' dan 'tawaran kami' yang mana itulah merupakan MANIFESTO PAS, PKR dan DAP Kedah untuk PRU13.

Buku ini diterbitkan oleh Sekritariat Pakatan Rakyat negeri Kedah tanpa alamat yang lengkap yang merupakan perkara wajip dari segi undang-undang jika ianya akan dijadikan bahan sebaran semasa berkempen (salepas penamaan calun hingga hari mengundi). Jika ianya disebarkan juga, ianya menjadi satu kesalahan dalam akta pilahanraya, kerana ianya adalah bahan bercetak/kempen pilihanraya.

SPR perlu  mengambil tindakan tegas dalam hal ini. Ada pihak yang memberi perhatian mengenainya. Apabila lepas sahaja hari penamaan calun, buku dilihat tersebar, satu lapuran Polis akan dibuat supaya perkara ini boleh didakwa dimahkamah.

Apa yang kita faham, pihak yang menerbitkan buku ini memandang ringan mengenai perkara ini. Kerana kerja mereka hanya inginkan buku ini disebar segera kapada rakyat, perkara-perkara teknikal yang berkaitan dengan undang-undang mereka tidak sedari bahawa ianya satu kesalahan besar.

Dari segi undang-undang Pilihanraya, jenis-jenis sebaran sebagai bahan kempen samada ianya poster, handbill dan lain-lain hendaklah dicetak Nama pengeluar, Alamat penuh Pengeluar, Nombor Talipon Pengeluar disemua bahan cetak yang akan disebarkan kapada orang ramai atau pengundi.

Pada kita sebagai orang akan menganggap bahawa sebaran PAKATAN HARAM negeri Kedah yang katanya manifesto ini yang tiada alamat itu adalah merupakan kerja HANTU yang  tiada rumah kediaman resmi. Ianya akan merupakan satu bayangan yang kadang-kadang menjelma dan kadang hilang. 

Disinilah yang kita fikir bahawa PAKATAN HARAM Kedah ini pada kertas sahaja disebut SEKRITARIAT sedangkan secara resminya pakatan ini tidak dapat sama sekali menentukan satu alamat sekritariat yang resmi, ini menggambarkan bahawa mereka tidak dapat lagi menyatukan diantara sesama mereka. Jelas sekali, dalam pertandingan di PRU13 ini nanti parti-parti PKR, DAP dan PAS akan bertanding secara berasingan, secara nafsi nafsi. Gambaran sahaja dimuka depan buku manifesto mereka kelihatan gambar ketua PAS, ketua PKR dan ketua DAP Kedah, pada hakikatnya penyatuan mereka masih kendur dan terlalu rapoh, tidak akan mantap sebagaimana Barisan Nasional.

....
Salepas ini kita akan bercakap pula tentang pengisian buku manifesto ini yang konon hendak KEKALKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, PERTAHANKAN KEMENANGAN RAKYAT dengan menyatakan pembohongan KEJAYAAN 2008-2013 melaporkan; PENGURUSAN CEKAP, SIFAR RASUAH DAN PERBELANJAAN BERHEMAH yang jelas sekali ungkapan-ungkapan ini mereka beranggapan akan menghilangkan tanggapan rakyat tehadap kelemahan-kelemahan kerajaan PR Kedah, yang diantaranya yang mereka tidak boleh menafikan:

1) 
Kecelaruan kerana campurtangan parti PAS dalam kes Setiausa Kerajaan Negeri menukarkan Pegawai Daerah Daerah Kubang Pasu ka Daerah Kuala Muda yang berpunca dari tindakan samseng PR. Ini PENGURUSAN CEKAP?

2)
Membiarkan pengusaha lombong miniral meruntuhkan bukit di Bukit Kaci melebihi had kerana kehalobaan mengeluarkan minirel, sedangkan Fhahrulrazi melihat sendiri dan menyatakan bahawa itu kesalahan dan ada unsur rasuah disitu. Adakah ini SIFAR RASUAH?

3)
Menghilangkan wang rakyat sebanyak rm4juta lebih kerana berfikiran bodoh menjalankan perusahaan membalak di Papua New Gueni, sedangkan wang sebanyak itu dapat dibelanjakan lebih banyak lagi keperluan rakyat dinegeri ini. Inikah dikatakan PERBELANJAAN BERHEMAH.

Memang PKR, PAS dan DAP Kedah yang memerintah Kedah dari 2008-2013 amat tidak sesuai disebut kejayaan, sebenarnya melingkupkan.

1 ulasan:

  1. Nak habak kat hangpa semua.Yg undi Pas masa PRU 12 ialah orang umnolah.Sebab tu Pas menang.Dalil dia di Pokok Sena.Rupanya pro Pas ada dalam UMNO.

    BalasPadam