Ahad, 21 April 2013

SANUSI TERANG-TERANGAN MENIPU, TAK JADI CALUN, ORANG PAS SIK TOLAK...

Mana perginya Sanusi Md Nor? yang kata hebat sangat tokoh PAS di Sik. PRU 2008 Sanusi bertanding sebagai calun PAS DUN N23 Belantik. Beliau tumpas kapada calun BN Tajuddin Abdullah dengan majoriti 252 undi. Hasil kekalahan itu Sanusi dengan bongkak buat petsyen konon nak jadikan kekalahannya itu disebabkan undi pos ATM yang bertugas di kem Belantik dan mengundi di Belantik. Ahkirnya petisyennya kalah.Sekarang undi tersebut telah berpindah dari situ. Kenapa, siapa pun tidak mengtahuinya.

Sanusi pada PRU 13 ini hilang dari senarai calun PAS, entah kemana dilempar oleh Pesusuhjaya PAS Kedah Azizan Razak. Calun PAS di Belantik melawan Tajudin, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan. Orang Sik termasuk orang PAS pun tidak begitu kenal rapat dengan Abu Bakar. Dengar ceritanya Abu Bakar ini calun yang memang pengikut tegar Anwarisme. Itu kita serah kapada orang Belantik untuk menilai sama ada nak menyokong Tajudin Abdullah yang setiap hari dok bergelomiang dengan orang Belantik dan tak henti-henti membantu rakyat semua gulungan termasuk kaum Siam. Atau mereka nak sokong Abu Bakar yang rakyat tidak pernah lihat pengelibatannya membantu rakyat Sik khususnya rakyat kawasan Belantik.

Sanusi, kita percaya dan sememangnya kita semua dimaklumkan oleh sesetengah rakyat di Sik, termasuk orang PAS bahawa beliau ditolak oleh orang PAS Sik kerana semenjak mejadi SUPOL MB, beliau terlalu sombong dan jarang balik ka Sik. Dan mereka difahamkan bahawa Sanusi adalah manusia yang sentiasa membuat kekayaan termasuk menguruskan penebangan balak dan menebas hutan di Pedu. Itu sebab bermatian-matian Sanusi mereka cerita dalam bloknya dan menulis dalam HaramKah yang dia kata setitik pun air dari lagang rakyat yang dibotakkan tidak masuk ka Tasik Pedu. Kerana itu orang PAS Sik terlalu menyampah kapada Sanusi.

KITA TAHU SEKARANG SENASI TIDAK AKAN PIJAK SIK DALAM PRU 13 INI UNTUK NAK MENOLONG MEMENANGKAN CALUN PAS.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan