Jumaat, 19 April 2013

BENDERA DAP BERKIBAR HARAM DIKAWASAN PAS BERTANDING. SPR KENA BERTINDAK....

Bayangkanlah, di lebih dari 50 kawasan Parlimen dan beratus-ratus kawasan DUN yang ditandingi DAP akan berwajah hijau dengan bendera PAS. Itu di Semenanjung. Manakala di Sabah dan Serawak pula akan berkibar dikawasan Parlimen dan DUN bendera berwarna biru muda, iaitu bendera PKR. Bendera DAP diharamkan. Undang-undang kata macam tu. DAP akan bertanding di Semenanjung menggunakan logo PAS dan di Sabah dan Serawak DAP akan menggunakan logi PKR.

Keadaan ini akan menjadi satu fenomena pelik sejarah pilihanraya umum yang mana semenjak 50 tahun yang lalu tiada peristiwa sapert ini. Keadaan ini juga akan merupakan satu kejutan kapada pelancung yang faham politik atau pendatang berupa CIA. Mereka akan mengambil gambar-gambar kenangan atau rekod bahawa Malaysia adalah negara unik dalam pilihanraya kali ini. Kerana setakat yang mereka ketahui bahawa dalam pilihanraya umum akan ada berndera warna merah didalam bandar, tetapi kenapa sekarang semua bendera hijau?.

Apa sebab jadi begini?.

Ini adalah disebabkan kekurangahajaran dan kediktatoran Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agong DAP yang sengaja ingin mencetuskan huru hara dalam negara semasa pilihanraya umum.

Semasa mesyuarat agong DAP, Lim Guan Eng telah merancang satu tektik yang semua orang termasuk ahli DAP sendiri tidak mengetahuinya bagi membolehkan rakyat memberi simpati kapada DAP. Beliau sengaja memulakan kesalahan besar yang sama sekali tidak boleh dilakukannya oleh mana-mana pertubuhan berdaftar.

Pertama, notis kapada ahli mesti 14 hari sabelum mesyuarat. Lim Guan Eng bukan sahaja lewat menghantar notis menjemput ahli mesyurat, malah tidak menjemput langsung ahli-ahli mesyuarat yang wajib hadzir, iaitu ahli-ahli mesyuarat yang telah dipilih untuk mewakili cawangan. Ini dinyatakan sendiri oleh ahli-ahli DAP yang terdiri daripada kalangan ahli berbangsa India seramai 500 orang lebih. Lim Guan Eng tahu jika mereka ini hadzir banyak ahli CEC (AJK Pusat) dimenangi oleh kaum India. Tidak menjemput ahli adalah satu kesalahan. Lim Guan Eng tahu semua ini. Tapi itu adalah perancangannya.

Kedua, pemilihan diadakan dikalangan ahli mesyuarat yang hadzir sahaja. Keputusan keluar, tiada ahli Melayu yang menang, ahli kaum India ada sadikit. Kerana ini Lim Guan Eng diserang habishabisan dari segenap penjuru. Tiba-tiba dua munggu selepas itu Lim Guan Eng umum berlaku kesilapan mengira undi, distiharkan anak tiri Khir Johari menang, kononnya dia Melayu. Lim Guan Eng menjaja parti DAPnya untuk semua kaum. Itu sebab kambing hitam anak tiri Khir Johari diistihar menjadi ahli CEC.

Kedua-dua kes yang berlaku ini menimbulkan rasa tidak puas hati ahli DAP, terutamanya dari kalangan kaum India. Lapuran Polis berlaku, lapuran kapada Pendaftar Pertubuhan berlaku dan kenyataan-kenyataan akhbar oleh ahli-ahli DAP sendiri belaku meminta DAP mengadakan mesyuarat agong sekali lagi. Lim Guan Eng buat pekak badak, tidak mengadakannya, malah tidak mahu mengada mesyuarat agong sekali lagi. Lim Guan Eng sedar bahawa dengan tidak mengadakan mesyuarat agong sekali lagi itu, DAP berpeluang bertelagah dengan ROS untuk menyerang Kerajaan dengan mengatakan Kerajaan zalim.

Sebagai tanggungjawab ROS yang menjaga pertubuhan sukarela, kerana keadaan begitu, iaitu menginaya ahli dalam pertubuhan, maka siasatan dibuat secara terperinci. Anak haram punya Lim Guan Eng, dia buat tak heran. ROS terpaksa memutuskan bahawa ahli CEC DAP atau Ahli Jawatankuasa DAP Pusat yang dipilih dalam mesyuarat agong yang lalu adalah tidak diiktiraf. Walau bagaimana pun pendaftaran DAP tidak dibatalkan dan DAP boleh menggunakan logonya semasa pilihanraya umum yang akan datang. Pengurusi Suruhanjaya atau SPR mengesahkannya berdasar kapada fakta undang-undang bahawa DAP masih tidak dibatal pendaftarannya.

Dalam kenyataan samseng Lim Guan Eng, jika ROS tidak mengiktiraf CECnya sabelum jam 12 tengah malam 19hb April,2013 DAP akan menggunakan logo PAS yang mana Setiausaha PAS (bukan Presiden PAS....Tauliah calun BN ditandatngan oleh Pengurusi BN ..... itulah istimiwanya BN) telah menandatangan tauliah membenarkan DAP menggunakan logo PAS dalam PRU13. Kita tahu SPR akan terima tauliah tersebut, tapi itulah takdir telah menentukan bahawa Pakatan Haram itu berkecamok.

Sekarang masa penulis menulis hanya satu setengah jam lagi. Ugutan DAP ini sapa yang menerima padah padahnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan