Sabtu, 18 Mei 2013

Kita Dengar Ceramah Anwar di Kompleks PAS Batu 9 lah...!!!!!

Perbezaan antara BN menganjurkan majlis di Stadium Sultan Abdul Halim Sukamenanti, Alor Star dengan majlis yang akan dianjurkan oleh PR amat jauuuhhh.. Macam langit dengan bumi. Dua kali BN anjurkan majlis, ialah:

.....1) Majlis raya Aidilfitri untuk rakyat bertemu dan bermaaf-maafan antara satu lain. Majlis dira'ikan oleh rakyat pelbagai kaum. Makan-makan dan dapat hadiah nombor bertuah dan balik.

.... 2) Majlis perkahwinan anak Dato' Bashah Hanipah dan sambut Aidilfitri. Majlis ini juga dira'ikan oleh rakyat pelbagai kaum. Makan-makan dan dapat hadiah nombor bertuah dan balik.

Sebaliknya, majlis yang akan dianjurkan oleh PR:

..... Berucap berapi-rapi oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, menghasut rakyat dengan isu membahayakan keselamatan negara, memfitnah rakyat dengan isu-isu yang tidak benar dan mengajak rakyat menunjuk perasaan membantah SPR kononnya berlaku penipuan semasa PRU13 yang lepas.

Kerana inilah, ada baiknya Kerajaan Negeri Kedah menolak permohonan PR untuk menganjurkan majlis saperti itu.  Eloklah PR nyah pergi menggunakan Kompleks PAS di Batu 9 atau Markaz PAS di Langgar, kawasan Pokok Sena, iaitu kawasan Parlimen Mahfuz Omar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan