Khamis, 23 Mei 2013

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO FASAL 9.3

Adakah ahli-ahli UMNO merasa bangga dengan ujudnya satu Fasal dalam Perlembagaan UMNO tentang pemilihan pemimpin, terutamanya tentang pemilihan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan 25 orang Ahli Majlis Tertinggi. Atau adakah ahli-ahli UMNO merasa hampa dengan ujudnya Fasal tersebut, ia-itu;

>>>Fasal 9.3 Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) orang Naib Presiden dan dua puluh lima (25) oran Ahli Majls Tertinggi hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bhagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali<<<.

Ini bererti pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO akan ditentukan oleh ahli-ahli Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Maananya sebanyak 140,000 orang lebih akan menentukan siapa kalah dan siapa menang selaku pemimpin tertinggi UMNO. Mereka tidak lagi ditentukan oleh wakil Bahagian ka Perhimpunan Agong yang hanya sebanyak 2,000 orang lebih.

Ketetapan pindaan Perlembagaan ini dibuat dalam Perhimpunan Agong Khas 15 Oktober 2009 yang lalu. Pelaksanaannya akan dilaksanakan untuk pemilihan pemimpin UMNO di Mesuarat Agong tahunan 2013.

Hasrat pindaan tersebut dibuat adalah untuk mengelakkan politik wang dalam UMNO. Akan tercapai kah hasrat mulia ini?. Jika tercapai, alhamdulillah, jika tidak na'uzubillah.

Bangga dan hampa kah ahli-ahli UMNO saperti yang disebut diawal tadi tentang pindaan tersebut?, ianya adalah suatu persoalan.

Yang kita perkatakan diatas ialah tentang pemilihan pemimpin tertinggi parti yang mana setiap peristiwa ini berlaku, sabelum persidangan agong, banyak sangat tokoh-tokoh akan ligat bergantayangan keseluruh negara dengan diiringi egen-egen. Dan para-para perwakilan Bahagian yang terpilih  menghadziri perhimpunan agung pula, hilang dari kampung masing-masing dan bermastautin di Kuala Lumpur, beristirehat di hotel lima bintang. Mereka sentiasa dijemput menghadziri jamuan dan perjumpaan dimerata tempat. Kenyaaaaang...mereka.

Ok... akan datang kita perkatakan Perwakilan Cawangan ka Mesyuarat Perwakilan Cwangan pula.


1 ulasan:

  1. Memang baik tetapi mungkin ada dikalangan pemimpin berasakan satu kesilapan bila membenarkan 140000 ahli memilih pemimpin, jika diperhalusi ada buruk baik nya.

    Tetapi jika boleh untuk jawatan presiden , timbalan dan naib biarlah 25 orang ahli majils terpilih termasuk ketua 4 sayap memilih dikalangan mereka yang terpilih siapa kah yang terbaik boleh menjawat 3 jawatan tertinggi. Itu lebih baik

    BalasPadam