Selasa, 25 Mei 2010

HJ HADI PERCAYA PKR/DAP TIADA BAKAL CALUN PRU13

Mengikuti ucapan Haji Hadi Presiden PAS di pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 23/5 baru-baru ini jelas dengan sejelas-jelasnya bahawa, untuk menghadapi PRU13 beliau memberi gambaran yang PKR dan DAP masih tiada lagi tokoh2 tempatan yang berwibawa dikalangan kepimpinan kedua-dua parti ini untuk di pilih menjadi calun dalam pilihanraya.

Dalam pelancaran ini juga beliau menyatakan, akan diujudkan dalam Perlembagaan PAS bahawa sesiapa saja yang menjadi ahli kapada Dewan ini akan mempunyai HAK YANG SAMA saperti ahli2 Dewan2 yang lain iaitu Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimah PAS.  Ahli2 kapada Dewan ini juga mempunyai HAK untuk menentukan kepimpinan parti, iaitu HAK mengundi dalam pemilihan parti. Dan ahli2 Dewan ini juga mempunyai HAK menjadi calun PAS dimana-mana juga pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.


Disinila yang menajadi fokus kita bahawa Hj Hadi Awang Presiden PAS percaya bahawa untuk bertanding dalam mana2 pilihanraya, jika tidak terdapat tokoh yang layak dikalangan pemimipin PKR dan DAP (kalangan kaum Melayu, Cina dan India), maka Hj Hadi Awang akan memutuskan PAS akan kemukan calun PASnya supaya bertanding dimana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 


Di Kedah, jika DUNnya ialah DUN Gurun, DUN Bukit Selambau, DUN Lunas, DUN Bakar Arang, DUN Bakar Bata, DUN Sidam. Jika Parlimen, Parlimen Kuala Kedah, Parlimen Merbok, Parlimen Sungai Patani dan Parlimen Kulim Bandar Baru. Di kawasan-kawasan ini, jika tiada tokoh daripada PKR dan DAP sekarang yang layak dan berpengaruh, Hj Hadi Awang akan meletakkan calun dari parti PAS yang terdiri daripada kaum Cina atau India yang ada di kawasan2 yang terlibat.


Dengan kecelaruan yang berlaku didalam parti PKR sekarang sememangnya memeningkan pimpinan negeri, khususnya negeri Kedah. Hj Hadi telah pun mengetahui dan memikirkanya. Setakat sekarang pemimpin PKR Kedah sememangnya di 'tangkap muat' sahaja untuk menjadi calun PKR semasa PRU12 yang lalu. Sekarang, kerana tiada ketokohan mereka menjadi pemimipin, menyebabkan pemimpin PAS Kedah mempermain-mainkan mereka, mejadikan mereka sebagai alat tontonan ramai saperti badot dalam syarkas. Orang suruh mengaku, depa pun mengaku. Ini, tokoh tidak wibawa namanya.


Sabenarnya ini lah idea disebalik PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dikepalai oleh MP Parit Buntar  Mujahid Yusuff Rawa dan ahli2nya diambil dari kalangan kaum Cina dan India. Bukan sangat ianya bertujuan melibralisasikan bangsa Malaysia dalam MEMPERJUANGKAN BANGSA. Lantas Mujahid menegaskan kononnya dalam BN, parti komponennya resis. MCA resis, MIC resis dan UMNO resis.


Sekarang, jadilah semua parti dalam pakatan ini parti 4all, 'DAP 4all', 'PKR 4all' dan 'PAS pun 4all' yang mana ahli2 parti2 ini terdiri semua bangsa. Kenapa mereka ini tidak mahu menubuhkan sabuah parti campuran semua parti-parti mereka, namakan parti itu 'PARTI DEMOKRATIK FOR ALL'.  Anwar Ibrahim jadi Presiden dan boleh berebut-rebut pulak siapa yang akan menjadi Timbalan Presiden dan Naib2 Presidennya.

3 ulasan:

  1. Siberangan..ramailah..cuba jenguk-jenguk kat kedai kopi. Di Langkawi, si buta bertapa pun ada. Siap dengar saja orang baca suratkhabar dah tahu orang tu berdosa ke tidak. Hebatkan?

    BalasPadam
  2. CCZ, orang buta faham, bila dengar baca akhbar sebelah dia. Belom habis cerita dalam akhbar dibaca, tahu daaahh dia apa matlamat sebenar berita tuuu...

    Itu orang2 di kedai lopi, cakap2, baca2 cerita politik sezaman. Zaman ini? Hmmmhh.. lagilah depa boleh teka.

    Semua perancangan dan program yang dilancarkan tokoh ada matlamat. Kesan baiknya, ada atau tidak bergantung kapada prsepsi oran ramai.

    Pada kita, pelancaran menubuhkan Dewan Penyokong PAS ini, manifestasinya melingkar jala supaya kaum lain ada dalam dapat disangkut atau tersangkut di kandek jala yang di tebar.

    BalasPadam
  3. Maka kerana undi semakin jauhlah PASRael tersasar dari acuan asal....asal? Asalkan dapat undi beb!!

    BalasPadam