Dalam ucapan Haji Hadi Awang semasa melancarkan buku beliau di Marang, Terangganu Haji Hadi Awang menyatakan bahawa PAS adalah parti yang tahu tanggung jawabnya terhadap Melayu/Islam, terhadap masa depan Melayu/Islam samada Melayu/Islam akan bangun atau jatuh terus dalam negaranya sendiri.
Berasas kapada semua pemimpin UMNO dan sebahgian daripada anggota PAS menyatakan bahawa perpaduan antara UMNO/PAS itu harus ada, Hj Hadi Awang pula menyatakan bahawa PAS bersuara demikian bukan bertujuan nak menyelamatkan UMNO, walau pun visi PAS saperti yang disebut itu akan dibawa ka mesyuarat Jawatankuasa tertinggi PAS.
Kenapa Hj Hadi Awang begitu bongkak dan sombong dalam memperkatakan isu masa depan Melayu/Islam ini?. Apakah Hj Hadi sekarang sudah begitu yakin kapada PKR dan DAP, dengan bergabong (dalam PR) parti-parti ini boleh menjaga kepentingan Melayu/Islam pada masa depan?. Apakah Hj Hadi tidak fikirkah bahawa suara Karpal Sing tidak mahu dasar Islam mengikut Quran dan Hadith itu menjadi dasar memerintah negara Malaysia? Apakah Hj Hadi tidak sedarkah bahawa DAP yang memperjuangkan dasar 'midel Malaysia' dan dasar 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan oleh barua dua beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu satu dasar yang terlalu jauh daripada dasar yang dibawa PAS?.
Pertembungan melaksanakan dasar permeintahan ( satu dasar Islam/Melayu, yang satu lagi dasar tidak Islamik) ini lah yang dipersoalkan oleh rakyat bawahan. Yang satu lagi, (PKR) menerima apa saja dasar yang ada dihadapan mata, asalkan perjuangan membalas dendam tercapai. Jadinya, dengan petembungan perjuangan menentukan DASAR ini akan memberi kesan buruk kapada rakyat, Rakyat akan menerima kecelakaannya, rakyat akan menerima bahananya.
Sekali pun PAS merasa yakin, bahawa bersama DAP dan PKRdi PRU13 nanti PR menang, PAS sama sekali tidak akan dapat melaksanakan dasar islamisasinya. Bukti, di Kedah hanya satu ADUN DAP, tiga ADUN PKR, selainnya (33) semua PAS, PR yang diterajui PAS lansung tidak dapat melaksanakan dasar Islam yang dimenifestokan untuk PRU12 yang lalu. PAS hanya bercakap dan terus bercakap, namun melaksanakannya PAS tetap takut dan terus takut. Ini hanya baru sabuah negeri yang dikuasai sapenuhnya dan Menteri Besarnya Ustaz Azizan dari PAS. Negeri Pulau Pinang? Negeri Selangor? malah Negeri Kelantan sekali pun, PAS tetap dengan keadaannya sebagai parti yang dicucuk hidung.
APA LAGI PAS BERSAMA DALAM PR NAK MEMERINTAH MALAYSIA?????????..... ISLAM HANCUR, MELAYU HANCUR DAN KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU? jawab sendiri..... na'uzubillah.
The King and U
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan