Isnin, 2 Ogos 2010

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH (KEDA)

Menteri Besar Kedah Dato' Sri Azizan Razak menyarankan supaya Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) tidak disambung kontreknya salepas dijangka berakhir pada tahun 2011. Alasannya ialah kerana Kerajaan Pusat belum lagi menunaikan syarat penubuhan KEDA, iaitu melantik wakil Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menjadi Lembaga Pengarah KEDA.Berkaitan dengannya, Kerajaan Negeri telah mengemukakan nama kapada Kerajaan Pusat terdiri daripada saorang Peguam dan saorang lagi Jurutera.

Untuk dapat menunaikan kehendak itu, Kerajaan Negeri cubalah cadangkan, untuk mewakili Kerajaan Negeri daripada kalangan Pegawai Kerajaan Negeri, iaitu daripada kalangan Pegawai KCS yang berpengalaman luas dalam bidan tanah dan pentadbiran. Cadangan ini mungkin boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat. Yang menjadi masaalahnya Kerajaan Negeri terlalu berkeras hendak melantik dari kalangan orang Politik walau pun mereka yang dicadangkan itu Jurutera atau Peguam. Adakah Kerajaan Negeri tidak mahu mempercayai Pegawai2 KCS ini?.

Dengan kerana syarat ini belum dapat dipenuhi oleh Kerajaan Pusat, maka Menteri Besar sendiri bercakap dan menyarankan supaya Lembaga ini ditutup. Menteri Besar harus ingat dan perihatin apakah kesan menyeluruh jika KEDA ini ditutup oprasinya di Negeri Kedah. Sedangkan peranan yang dimainkan oleh KEDA dalam pembangunan masyarakat/rakyat diluar MADA adalah terlalu besar, selain dari kemana akan diletakkan kakitangan KEDA yang sekarang ini hampir 500 orang sedang menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggung jawab diseluruh negeri Kedah ini.

Diantara peranan KEDA yang paling utama ialah menyelesaikan/membasmikan kemiskinan rakyat yang mana setakan ini, inilah satu-satunya agensi Kerajaan Pusat yang telah memainkan peranan ini. Setakat ini telah terlalu banyak rakyat-rakyat yang miskin, terutama miskin tegar telah dapat diatasi dengan mengujudkan perkampungan KEDA, membina rumah2 PPRT, mendidik mereka dalam bidang kerjaya untuk menambahkan pendapatan dan berbagai-bagai lagi kerja yang telah dilaksanakan oleh KEDA semenjak ditubuhkan. Jika dahulu peranan ini dijalankan dikawasan luar MADA. Atas anisiatif Kerjaan Pusat, peranan KEDA telah diperluaskan keseluruh negeri. Kerana agensi lain termasuk MADA dan lain tiada fungsi membangunkan rakyat termiskin. Dengan berkembangnya peranan seumpama ini kaseluruh Negeri Kedah, telah banyak penyelsain terhadap kemiskinan rakyat dapat diselesaikan, termasuk dalam kawasan-kawasan bandar.

Peranan yang semurni ini yang dimainkan oleh KEDA demi membangunkan rakyat, sampai tergamak Menteri Besar (PAKATAN) Kedah nak menutupnya hanya kerana Kerajaan Pusat belum lagi menunaikan syarat yang sekecil itu.

Menteri Besar juga bercadang, jika Kerajaan Pusat masih berpendirian begitu, katanya Kerajaan Kedah sendiri boleh mentadbir KEDA dengan sendiri. Apa, Menteri Besar tak fikirkah bahawa KEDA adalah sabuah lembaga yang 100% peruntukannya dibiayai oleh Kerajaan Pusat?, kerana KEDA bukan sabuah lembaga yang boleh menjalankan perniagaan. Jika Kerajaan Negeri bercadang nak urus sendiri, dari mana peruntukannya akan diperolehi?. Sedangkan mentadbirurus Kerajaan Negeri pun, hanyak mengharapkan cukai tanah dan air saja serta sadikit2 daripada cukai judi, arak dll. Kemudianya balak.

Kita memikirkan bahawa Kerajaan PR Negeri Kedah ini merupakan kerajaan "HATI BESAR DALAM BADAN KECIL".

10 ulasan:

  1. ramai orang KEDA lega kalau kerajaan negeri ambil alih..sebab dah terlampau ramai orang PAS dalam tue...semuanya lega...

    BalasPadam
  2. dalam keda pun ramai orang kuat pas.ada yg jadi pegawai pun.nak lantik apa lagi.he ah ah ah

    BalasPadam
  3. Semua rakyat Kedah tau, KEDA adalah sarang ahlipas mencari makan, dan tempat mereka mencari makan itulah pula di gunakan sebagai saluran untuk tabur beras kepada Kerajaan Persekutuan. 4P juga di kiasai oleh puak-puak PAS. Depa inilah juga antara yang menikmati kesenangan dibawah pemerintahan kerajaan yang zalim ini yang selalu memikirkan kebajikan orang-orang melayu dan orang-orang miskin. Tapi mereka yang sudah menjadi kaya kerana dapat bersaing dan berusaha tanpa sekatan untuk jadi kaya di Malaysia ini lupa untuk menyumbang balik dan lebih parah lagi mereka juga kini menjadi pendajal kepada periuk yang mereka keruk nasi dan keraknya....

    BalasPadam
  4. putera gunung jerai4 Ogos 2010 pada 4:33 PTG

    tutop sahaja lah KEDA tu.tak ada faedah apa pun.yang dapat nama pas juga.biarlah penghuni KEDA berdikari.setakat bagi hamper beras pulut oleh umno melalui KEDA sikit pun tak mendatangkan kesan baik.Ada pegawai KEDA pula yang menhasut jangan undi bn/umno.Tutop sahajalah KEDA.sEtakat nak jadi kuda tunggangan umno dah tak berhasil lagi.kuda bawa terjun parit.

    BalasPadam
  5. SETUJU tutop sahaja lah keda tu.Yang rugi nanti lah umno.Kerana keda adalah lembu tunggangan UMNO.yANG rugi adalah umno.bukan rakyat kedah.cuma muslihat politik umno sahaja.AKU setju keda tutop sahajalah.

    BalasPadam
  6. Aku tertanya-tanya dua persoalan mengenai KEDA.Pertama mengapa pangaruh PAS subor diperkampongan KEDA.Kedua kenapa ada terdapat kakitangan dalam KEDA yang jadi penyokong PAS.

    BalasPadam
  7. Sebab, memang jenis dah jadi budaya "Melayu mudah lupa"

    BalasPadam
  8. kalau dah tahu melayu mudah lupa.Aku rasa mereka ini tak payah bagi pertolongan lah.Tutop lah KEDA .Membazir wang rakyat.

    BalasPadam
  9. Jantan, sapa pulak yang selesai masaalah kakitangan KEDA yang kena berhenti?. Jika tutup Kerajaan Pusat nak serap depa ka Jabatan2 atau Lembaga mana? Kesiaaaan... depa.

    BalasPadam
  10. keda bt 13 byk pengaruh pas x...tp kenapa biarkan pelacur bermaharajalela di situ..buat maksiat seperti intan baiduri hassim @ intan kesepian..dah berapa banyak gugurkan kandungan luar nikah n lahirkan anak luar nikah..

    BalasPadam