Selasa, 9 April 2013

MAHFUZ OMAR, KITOL KAN...???

Mahfuz Omar sabenarnya terlalu teruja dan terkejut dengan pengistiharan Presiden PAS bahawa Mahfuz bertanding di Parlimen Pokok Sena, iaitu kawasan yang disandang sekarang. Sedangkan Mahfuz Omar sudah memasang angan-angan untuk bertanding di DUN Bukit Pinang dimana DUN ini amat mudah dikuasai PAS kerana Mahfuz tahu BN meletakkan sapa pun menjadi calun di DUN Bukit Pinang BN tidak akan menang.

Keterujaan dan terkejutnya Mahfuz, mengikut sumber terdekat kerana angan-angannya nak menjadi MB Kedah tidak akan tercapai. Sememangnya Mahfuz telah ada niat ini dimana buktinya, apabila Mahfuz berada dikawasannya, amat banyak kegiatannya tertumpu di DUN Bukit Pinang sahingga mengabaikan pengundinya di DUN Bukit Lada dan DUN Derga. Kedua-dua DUN ini adalah juga dalam Parlimen Pokok Sena.

Setakat yang dimaklumkan kapada kita, bahawan Mahfuz Omar telah bercakap-cakap dengan kawan terdekat. PAS Pusat amat bimbang dengan pergaduhan antara Azizan dengan Phahrulrazi. Kedua merka adalah tokoh Kedah, mereka Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya I. Bagi memperkuatkan PAS di Kedah tiada jalan lain melainkan dia sendiri yang harus menjadi orang yang sesuai mengambil tempat mengetuai PAS dalam masa PRU 13 ini. Itu analisa yang didengari sendiri kawan terdekat dengannya dan memaklumkan kapada kita. Ada benarnya juga.

Keadaan sekarang Mahfuz menjadi serba salah. Niatnya untuk mengetuai PAS Kedah semasa berperang dengan BN dalam PRU13 mungkin tidak tercapai, kerana Hadi Awang telah mengistharkan namanya bertanding sebagai calun Parlimen Pokok Sena. Sebagai Naib Presiden PAS Mahfuz sedar bahawa cakapnya tidak laku kapada Azizan dan Phahrulrazi. Kerana dalam banyak hal Mahfuz agak kurang ajar dengan Azizan, diantaranya ialah tindakan kurangajarnya meletak jawatan sebagai Pengurusi salah satu GLC Kedah yang mana perlantikan kajawatan itu dibuat oleh MB/Azizan. Begitu juga Mahfuz dengan Phahrulrazi. Pahahrulrazi lansung tidak menghiraukan nasihat Mahfuz sebagai Naib Presiden PAS dimana kedegilan Phahrulrazi melanggar Azizan hingga menampakkan gambaran jelas peperangan berlaku didalaman PAS Kedah.

Sebagai Naib Presiden, dalam perjuangan Mahfuz ini amat jelas bahawa hatinya terlalu busuk. Perjuangannya bukan memelihara PAS tapi amat kepentingan diri. Kawan sama kawan bergaduh, dia masuk tengah bukan nak selesai, tapi bagi api lagi, lantas kawan-kawan jauh terpisah bercerai berai, dia mengambil kesempatan nak ambil tempat kawan-kawan.

ITULAH MAHFUZ OMAR...KITOL POLITIK MODERN. SALAH SAORANG NAIB PRESIDEN PAS YANG JATUHKAN ULAMAK.

4 ulasan:

  1. pas/umno serupa saja dikedah.
    ada puak dan tak percaya sama sendiri.
    bashah/mukriz berlakon saja diluar.
    masing-masing ada list calon sendiri.
    dipokok sena matsuden/sahlan dah istihar jadi calon.
    rakyat tak peduli setpol pun belum tentu menang.
    orang tak pandang jawatan di jpm.
    ganbungan sahlan/matsuden jahanam umno.

    BalasPadam
  2. Sdr Sani.

    Sahlan/Matsuden ini dari list Bashah ke atau Mukhriz.
    Losak lagi Pokok Sena.

    BalasPadam
  3. HIDUP SAHLAN MATSUDIN.
    LINGKUP POKOK SENA.

    BalasPadam
  4. mohon link kan kepada blog tuan... bersama kita membantu KEDAH kembali kepangkuan BN. Saya telah link blog tuan kepada blog saya. terima kasih

    http://parlimenpokoksena-pru13.blogspot.com/

    BalasPadam